April 13th, 2016

Pelakon Syanie menerima pelbagai kritikan mengenai rumah tangganya yang dikatakan sudah berakhir apabila Nadi Putera iaitu bekas  suami beliau telah memuat naik  status “ In an Open Relationship” di akaun Facebooknya pada 17 Mac lepas. Nyata tindakan Nadi Putera itu ibarat membuka pekung di dada.

Buat Syanie, beliau masih lagi boleh bersabar tetapi ada sesetengah komen yang agak pedas dan seakan-akan tahu segalanya mengenai rumah tangga mereka  membuatkan Syanie tidak dapat lagi menahan amarahnya. Malah, Syanie tidak memaafkan mereka yang menabur fitnah mengenai rumah tangganya.

Semua cerita itu keluar bukan daripada mulut saya. Dia yang membuka pekung di dada dengan menulis status begitu. Saya masih lagi boleh bersabar, tetapi apabila ada orang yang tidak tahu hujung pangkal cerita tiba-tiba beri komen pedas, memang saya jadi hilang sabar. Itu yang buat saya tidak akan maafkan mereka. Semakin banyak mereka memberi komen yang tidak masuk akal, insya-Allah banyak pahala yang akan saya dapat.

Syanie juga mengakui merasa sedih ketika membaca komen-komen negatif yang dilemparkan kepada dirinya.

Saya sedih sebenarnya apabila membaca komen-komen orang ramai yang tidak tahu duduk perkara sebenar, tetapi mahu tunjuk pandai. Mereka tahukah apa yang berlaku dalam rumah tangga saya?

Tidak dinafikan ada kata-kata mereka itu mengguris hati saya yang telah terluka ini. Mereka sedar tak, komen-komen negatif yang dimuat naik itu dibaca oleh ribuan orang, memang saya tidak akan maafkan sampai akhirat insan-insan yang sesedap mulut mengutuk saya.

Meskipun dihimpit dengan pelbagai persoalan mengenai rumah tangga beliau, Syanie memberitahu beliau masih belum bersedia untuk menceritakan hal sebenar dan meminta orang ramai untuk memberikan beliau ruang untuk mencari ketenangan.

Buat masa sekarang belum waktunya untuk saya bercerita kisah rumah tangga. Bagi saya ruang dan bila sampai masa nanti, saya akan buat kenyataan secara rasmi, mungkin menerusi Facebook. Saya tidak mahu keruhkan lagi keadaan. Apa yang saya boleh cakap, sekarang ini saya ingin tenangkan diri dan meneruskan kehidupan tanpa bebanan.

Tidak mengapalah Syanie, bukan mudah untuk merawat hati yang luka. Biarlah beliau bertenang dahulu dan janganlah meletakkan segala kesalahan dibahu Syanie. Kita tidak tahu apa yang terjadi didalam rumah tangganya, adalah lebih baik untuk tidak membuat sebarang spekulasi.

Sumber Berita : Utusan Online


Comments are closed.

Loading...