May 27th, 2009

syanie

Kesian betul bila kami dengar berita si Syanie yang terpaksa potong perutnya akibat berat yang dah terlalu melampau sangat. Tambah kesian bila dengar disebabkan berat badannya, Syanie sekarang nak duduk dan naik tangga pun susah.

Tak apalah Syanie. Rasanya pembedahan nie memang terbaik untuk anda. Iyalah, kalau besar sangat badan tak elok untuk kesihatan. Lagipun jantung Syanie pun dah ada bengkak-bengkak sikit disebabkan saiz badan yang tak sesuai nie.

Kami doakan yang terbaik buat Syanie. Berlakon-berlakon jugak, kesihatan kena jaga. Semoga pembedahan tersebut akan berjalan dengan lancar. Fighting ye Syanie~~~

P.S: Keputusan pertandingan buat slogan akan kami umumkan minggu depan ye. Susah nak buat keputusan, semua slogan best-best. Buat anda yang ada request carikan pasal artis-artis tertentu, akan kami usahakan secepat mungkin. Harap bersabar. Thanks for supporting us.


Comments are closed.

Loading...