Syanie Kecewa Pihak Produksi Tanya Jumlah Pengikut IG Sebelum Ditawar Berlakon

Hiburan

Syanie Kecewa Pihak Produksi Tanya Jumlah Pengikut IG Sebelum Ditawar Berlakon

Pelakon Syanie yang sudah berada di industri seni setelah sekian lama berasa terkilan apabila pihak produksi bertanya mengenai jumlah pengikutnya di akaun media sosial Instagram sebelum memberi tawaran berlakon.

Melalui temubual bersama MH Online, pelakon yang sudah berlakon hampir tiga dekad itu berkata pada masa yang sama turut tidak jelas individu mana yang sebenarnya mahu melihat jumlah pengikut di media sosial walaupun tawaran yang ditawar hanyalah watak sampingan.

Advertisement
syanie

Syanie kecewa dengan pihak produksi apabila ditanya jumlah pengikut di Instagram sebelum ditawar berlakon.

Syanie turut berkata semasa sesi temubual itu,

Bukan nak cakap saya hebat, tapi jika saya boleh bertahan selama ini, takkanlah kredibiliti saya diletak begitu rendah dengan dibandingkan dengan jumlah pengikut di Instagram.

Beliau merupakan anak kepada penerbit terkenal, Ruhanie Abd Rahman jelaskan lagi jika syarikat produksi masih menilai bakat seseorang dengan jumlah pengikutnya di media sosial sampai bila pun dia tidak berpeluang untuk berlakon jika dibandingkan dengan jumlah pengikut pelakon lain.

Lebih menyedihkan lagi, baru-baru ini akaun Instagram Syanie baru saja digodam oleh individu yang tidak dikenali.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...