April 6th, 2016

Sejak beberapa hari lepas, ada khabar angin mengatakan rumah tangga pelakon serta peserta Masterchef Selebriti Malaysia, Syanie bersama suaminya Nadi Putera Mohd Zainal sudah berakhir pada awal tahun ini. Syanie didakwa berpisah dengan Nadi Putera secara cerai taklik.

Meskipun dihimpit dengan pelbagai persoalan dan spekulasi, Syanie buat masa ini enggan memberikan sebarang komen dan hanya akan mendedahkan perkara sebenar bila tiba waktu yang sesuai.

Tunggulah masa yang sesuai, nanti saya kongsi. Tetapi kehidupan saya memang okey ketika ini. Saya memang tidak tertekan pun dengan perkara yang tak sepatutnya.

Kalau ada tekanan sekali pun, ia hanyalah mengenai kerja dan keluarga. Selain itu memang tiada apa-apa. Saya pada masa sama beruntung kerana ada keluarga seperti ibu dan adik yang sentiasa berada di sisi. Tak ketinggalan teman rapat dan pengurus saya.

Sebelum ini Syanie pernah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Attirmidi Abdul pada tahun 1996 dan bercerai pada tahun 2002.

Kemudian Syanie telah berkahwin sekali lagi dengan Nadi Putera pada tahun 2014 di Langkawi selepas 12 tahun hidup bersendirian selepas perkahwinan pertamanya.

Sumber Berita : BH ONLINE


Comments are closed.

Loading...