Syanie Akhirnya Sahkan Sudah Bercerai Dengan Nadi Putera

Hiburan

Syanie Akhirnya Sahkan Sudah Bercerai Dengan Nadi Putera

Spekulasi dan persoalan tentang status rumah tangga pelakon Syanie akhirnya terjawab apabila beliau mengaku telah sah bercerai bersama suaminya, Nadi Putera pada 23 Februari lepas.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Syanie tidak mahu mendedahkan punca sebenar mereka bercerai dan menganggap perkara itu tidak perlu lagi diungkit.

Punca sebenar perceraian biarlah kami sahaja yang tahu. Cukuplah sekadar saya beritahu kami berpisah kerana sikap dia yang tidak menghargai saya sebagai isteri.  Tidak perlu diungkit lagi apa yang berlaku dan telah dilakukan oleh dia (bekas suami) kepada saya.

Apabila sampai satu masa saya sudah tidak dapat menahan sabar lagi, maka inilah sahaja keputusan dan jalan terbaik untuk kami.

Pada awalnya Syanie sememangnya tidak mahu berita penceraian ini diketahui umum kerana menghormati permintaan bekas ibu mertuanya. Namun, tindakan Nadi Putera yang menukar status Facebooknya kepada “single” membuatkan Syanie terpaksa memberitahu berita tersebut kepada orang ramai kerana tidak mahu timbul sebarang fitnah ataupun spekulasi.

Saya mengambil keputusan berdiam diri, namun lain pula ceritanya apabila bekas suami bertindak membuka akaun Facebook baru dengan status ‘single’, yang menyebabkan ramai pihak mula mencanang kisah rumahtangga kami.

Saya tak kisah pun, tapi kalau dia sendiri tak tahu nak jaga maruah diri, buat apa saya berdiam lagi, sebab itulah sekarang ini saya bersuara dan memberi penjelasan.

Ini merupakan penceraian kedua Syanie. Terdahulu Syanie pernah mendirikan rumahtangga bersama Mohd Attirmidi Abdul pada 1996 dan bercerai pada 2002.

Sumber Berita : Sinar Harian

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...