Syamsul Yusof Ubah Fikiran Enggan Lafaz Talak, Puteri Sarah Keluar Bilik Mahkamah Mata Bengkak

Hiburan

Syamsul Yusof Ubah Fikiran Enggan Lafaz Talak, Puteri Sarah Keluar Bilik Mahkamah Mata Bengkak

Pengarah filem terkenal, Syamsul Yusof yang sepatutnya melafazkan talak kepada Puteri Sarah atau nama sebenarnya Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin pada hari ini di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur, mengubah fikirannya.

Advertisement

Mereka sepatutnya bercerai pada hari ini secara baik mengikut Seksyen 47 Akta Undang-Undang Keluarga Islam (Wilayah Wilayah Persekutuan) 1984.

Disebabkan tiada lafaz talak pada hari ini, kes ini nampaknya akan berpanjangan dengan laporan Jawatankuasa Pendamai (JKP) di hadapan Hakim Syarie, Akmaludin Ilyas.

Puteri Sarah, 38, ketika keluar dari bilik mahkamah dilihat berang dan matanya bengkak dipercayai kerana menangis.

Terdahulu, Sarah hadir ke mahkamah mengenakan sepersalinan berwarna putih memberikan simbolik kebebasan dan akui tidak sabar untuk ‘move on’ serta jalani kehidupan baru selepas ini.

puteri sarah
2 years ago

"Harini Saya Pakai Macam Fashion Show" - Bakal Dilafazkan Cerai Hari Ini, Puteri Sarah Kelihatan 'Excited'

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : mStar

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...