Syamsul Yusof bukan sahaja bergelar pengarah filem serta pelakon terkenal, tetapi beliau juga berbakat dalam bidang nyanyian. Meskipun baru sahaja bergelar penyanyi, single Kalah Dalam Menang bersama Mawi membuatkan ramai yang mula “membuka†mata dengan bakatnya dalam industri muzik tanah air.
Walaubagaimanapun, Syamsul akui ada segelintir pihak yang kurang senang dengan kehadiran beliau dalam bidang tersebut lebih-lebih lagi selepas lagu Kalah Dalam Menang berjaya mendapat tempat dalam Anugerah Juara Lagu 31 (AJL 31)
Saya tahu ada ramai yang tidak suka lagu Kalah Dalam Menang ini. Sebenarnya dah lama saya buat tapi saya terlalu fikir apa orang cakap membuatkan ia tertangguh.
Saya bukan berada dalam industri muzik ini untuk syok sendiri, sebab itu saya cuba dulu kalau orang terima baru saya teruskan.
Lali dengan percakapan orang, Syamsul menjadikan setiap kritikan sebagai pembakar semangat untuk terus melangkah ke hadapan.
Saya sebenarnya sudah lali dengan perkara ini, tidak suka dengan apa yang saya lakukan tapi saya malas nak ambil serius kerana perkara itu juga membakar semangat saya. Saya berlakon filem adik saya pun mereka marah inikan pula saya menyanyi, sudahlah dikutuk tagged nama saya pula di laman sosial itu.
Saya anggap sahaja mereka yang kutuk-kutuk saya di laman sosial itu ada masalah dengan hidup mereka.
Yeah, tabik sama lu Syamsul Yusof. Memang bukan mudah nak puaskan hati semua orang. Jangan melayan sangat komen negatif lebih-lebih lagi daripada mereka yang selalu berdengki dengan kejayaan seseorang.