Nampaknya pasti ramai wanita di luar sana yang patah seribu mendengar perkhabaran ini. Jejaka idaman Malaya yang masih bujang iaitu Syamsul Yusof sudah pun mengakui yang dirinya telah berpunya. Syamsul kini sedang bahagia dilamun cinta dengan seorang pelajar kolej yang mengambil jurusan perubatan dan merancang untuk berkahwin dalam tempoh masa 2 tahun lagi.
Bercakap kepada portal Murai, Syamsul yang kini berusia 28 tahun mengakui jarang berjumpa dengan kekasihnya itu sebaliknya lebih banyak bercinta menerusi telefon sahaja. Kata Syamsul:-
Alhamdulillah, sekarang ini saya sedang bahagia dengan dia. Sebenarnya, saya belum betul-betul bersedia hendak bercakap soal kahwin. Nantilah, apabila dah sedia sepenuhnya saya akan umumkan pada semua. Tetapi, saya mengaku sedang bahagia dan bersyukur kerana dia seorang wanita yang betul-betul memahami karier saya sebagai pengarah dan pelakon. Saya pun agak jarang berjumpa dengan dia. Malah, sudah sebulan lebih saya tidak berjumpa dengannya. Kami hanya berbual menerusi telefon saja. Mengikut perkiraan, sudah lebih setahun saya menjalinkan hubungan cinta bersama.
Walaupun perkhabaran ini pasti meremukkan jutaan hati wanita di luar sana yang tertawan dengan kemachoannya, namun ini adalah satu kenyataan yang harus diterima oleh anda semua. Abang Nara doakan kebahagiaan Syamsul Yusof dan semoga dipermudahkan urusan untuk mendirikan rumah tangga.
Adieq
July 19, 2012 at 12:06 pm
semalam layan cite Ameera episod akhir..mmg best n mantap lakonan pelakon2 cite tu…syamsul npk sepadan gn rita rudaini dlm cite tu..best sgt masa babak diorang bermanja..so sweet..rita rudaini natural beauty..semoga syamsul cepat2 kahwin k…
nony
July 18, 2012 at 4:45 pm
oh, 4 bulan lepas penah jumpa dia dating kat CAPsquare ngn sorang pompuan comey2, kecik2, rendah2, pakai tudung ala2 moden zaman kini.. putis melepak n comey pompuan tu.. padan sgt la nampak.. hehheh..
Anonymous
July 18, 2012 at 2:48 pm
ALHAMDULILAH
awek shaheizy sam
July 18, 2012 at 11:46 am
dia ni klau mngarah film, sah2 dia laa hero nya jga … Ntahapapantah …
Nk tgu adik nya pnya film pula lpas ni …
Adieq
July 19, 2012 at 1:04 pm
nama pun filem dia..so,suka ati dia la sapa hero pun..
abu
July 18, 2012 at 10:11 am
lau x confirm lg baik jgn bg th.. 2 thn mcm2 bleh jadik… pape pun aku doakan yang terbaik buat korang..
nolley
July 18, 2012 at 10:47 am
biar larh bgt awal2…kang nti kate artis nie suke sorok2 bende baek pulak!!!!
biler senyap nti org ramai pertikaikan lg….arhhh xphm larh ;p