Nampaknya pasti ramai wanita di luar sana yang patah seribu mendengar perkhabaran ini. Jejaka idaman Malaya yang masih bujang iaitu Syamsul Yusof sudah pun mengakui yang dirinya telah berpunya. Syamsul kini sedang bahagia dilamun cinta dengan seorang pelajar kolej yang mengambil jurusan perubatan dan merancang untuk berkahwin dalam tempoh masa 2 tahun lagi.
Bercakap kepada portal Murai, Syamsul yang kini berusia 28 tahun mengakui jarang berjumpa dengan kekasihnya itu sebaliknya lebih banyak bercinta menerusi telefon sahaja. Kata Syamsul:-
Alhamdulillah, sekarang ini saya sedang bahagia dengan dia. Sebenarnya, saya belum betul-betul bersedia hendak bercakap soal kahwin. Nantilah, apabila dah sedia sepenuhnya saya akan umumkan pada semua. Tetapi, saya mengaku sedang bahagia dan bersyukur kerana dia seorang wanita yang betul-betul memahami karier saya sebagai pengarah dan pelakon. Saya pun agak jarang berjumpa dengan dia. Malah, sudah sebulan lebih saya tidak berjumpa dengannya. Kami hanya berbual menerusi telefon saja. Mengikut perkiraan, sudah lebih setahun saya menjalinkan hubungan cinta bersama.
Walaupun perkhabaran ini pasti meremukkan jutaan hati wanita di luar sana yang tertawan dengan kemachoannya, namun ini adalah satu kenyataan yang harus diterima oleh anda semua. Abang Nara doakan kebahagiaan Syamsul Yusof dan semoga dipermudahkan urusan untuk mendirikan rumah tangga.
Pingback: Syamsul Yusof Sudah Ada Kekasih, Kahwin Dalam Masa 2 Tahun | HatiBlogger [dot] Com
Perempuan Berkain Batik
July 18, 2012 at 1:39 am
Hensemnyerrr jantan nie…!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Perempuan Berkain Batik
July 18, 2012 at 1:37 am
Hensemny jantan ni…………………..!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
azydy
July 17, 2012 at 11:48 pm
tak heranlah artis..ni kekasih diorang memang keliling pinggang.. hilang sorang cepat je bertukau..macam tukau baju.. tapi nak kekal dalam perhubungan bila dah kahwin nanti tu yang penting..jangan masa bercinta janji sehidup semati..tapi lepaih kahwin..tak sampai setahun dah berantakan..
Lan Todak
July 17, 2012 at 7:08 pm
Ini bukan patah seribu mcam shila amzah … .. tpi ni dh patah 11 juta ni .. tuah badan, tahniah shark
FIZZOMAR
July 18, 2012 at 4:44 pm
AKU DAK ENGINEERING NI DIE XNAK KE???SOB3…SEDEY..HUUUAAAA…MERAUNG MAK JEMAH