Nampaknya pasti ramai wanita di luar sana yang patah seribu mendengar perkhabaran ini. Jejaka idaman Malaya yang masih bujang iaitu Syamsul Yusof sudah pun mengakui yang dirinya telah berpunya. Syamsul kini sedang bahagia dilamun cinta dengan seorang pelajar kolej yang mengambil jurusan perubatan dan merancang untuk berkahwin dalam tempoh masa 2 tahun lagi.
Bercakap kepada portal Murai, Syamsul yang kini berusia 28 tahun mengakui jarang berjumpa dengan kekasihnya itu sebaliknya lebih banyak bercinta menerusi telefon sahaja. Kata Syamsul:-
Alhamdulillah, sekarang ini saya sedang bahagia dengan dia. Sebenarnya, saya belum betul-betul bersedia hendak bercakap soal kahwin. Nantilah, apabila dah sedia sepenuhnya saya akan umumkan pada semua. Tetapi, saya mengaku sedang bahagia dan bersyukur kerana dia seorang wanita yang betul-betul memahami karier saya sebagai pengarah dan pelakon. Saya pun agak jarang berjumpa dengan dia. Malah, sudah sebulan lebih saya tidak berjumpa dengannya. Kami hanya berbual menerusi telefon saja. Mengikut perkiraan, sudah lebih setahun saya menjalinkan hubungan cinta bersama.
Walaupun perkhabaran ini pasti meremukkan jutaan hati wanita di luar sana yang tertawan dengan kemachoannya, namun ini adalah satu kenyataan yang harus diterima oleh anda semua. Abang Nara doakan kebahagiaan Syamsul Yusof dan semoga dipermudahkan urusan untuk mendirikan rumah tangga.
sekayu
November 24, 2012 at 12:50 pm
tahniah abg syamsul.i wiah you always happy with your partner.
umi amira
September 18, 2012 at 5:06 pm
OMG!!! ala.. ye ker… nk kahwin dh???? hurm…. sokay… saya do’akan semoga nahagia selalu.. amiin.. :-)
Anonymous
July 20, 2012 at 11:47 pm
Ko igt dia je budak medic yg ada kat malaysia ni. Beribu je lg. yg lagi cantik pun ramai.
awek
July 20, 2012 at 1:53 pm
aku rase confirm fatin liyana weh!!!
anonymous
July 19, 2012 at 2:21 pm
dengan fatin liyana ke??
haha
July 19, 2012 at 5:33 pm
aku pn terfikir benda sama