Pengarah terkenal, Syamsul Yusof baru-baru ini ada berkongsi aktiviti hariannya apabila dia dilihat sedang menikmati hari di sebuah dusun durian.
Dalam video tersebut, Syamsul sedang melawat sebuah dusun dipercayai miliknya yang dipenuhi dengan hasil tanah seperti pokok durian, pisang dan cili.
Dipuji pandai berbudi kepada tanah, Syamsul juga membuatkan netizen terutamanya peminat kagum kerana dia bukan sahaja bergantung kepada hasil karya seni tetapi juga pertanian.
Patutlah ‘steady’, dah jadi tauke musang king rupanya. Salute kepada orang yang mula berkebun dari awal macam ni daripada ambil yang sudah ada hasil.
Namun begitu, ada juga yang menasihati pengarah itu untuk pulang menziarahi kedua ibu bapanya sementera masih ada.
Untuk keberkatan hidup, balik jumpa mak ayah dulu.
Semoga berjaya, tapi jangan lupa jumpa mak ayah. Mereka sudah tua.
Terdahulu, ibu bapa Syamsul, pengarah Datuk Yusof Haslam dan Datin Patimah ada meluahkan rasa rindu terhadap anak sulungnya kerana sudah lama tidak pulang ke rumah.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.