Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Syamsul Yusof Rangkul Pengarah Terbaik, Hikayat Merong Mahawangsa Dinobat Filem Terbaik

Fuh ~~ Penat Abang Nara gelak melihat keletah Johan Raja Lawak dan Ogy sepanjang FFM24 sebentar tadi. Akhirnya semua keputusan sudah diumumkan. Antara keputusan penting FFM24 ialah Shaheizy Sam merangkul Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik sementara Eja pula memenangi Anugerah Pelakon Wanita Terbaik.

ffm24

Advertisement

Dan untuk tahun kedua berturut-turut, Syamsul Yusof berjaya memenangi Anugerah Pengarah Terbaik menerusi filem KL Gangster. Kalau tahun lepas kemenangan Syamsul Yusof dipertikai dengan begitu hebat sekali, rasanya tahun ini Syamsul Yusof memang layak selayaknya untuk memegang trofi tersebut.

Dan tahniah juga kepada filem Hikayat Merong Mahawangsa yang merangkul Anugerah Filem Terbaik. Ternyata tidak sia-sia usaha KRU untuk mencuba sesuatu yang baru menerusi filem epik tersebut. Semoga dengan kemenangan ini, KRU akan lebih banyak menerbitkan filem-filem yang bermutu tinggi.

keputusan merong

Untuk keputusan penuh FFM24, sila baca entri di bawah. Apa komen anda tentang keputusan FFM24 kali ini?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top