Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Syamsul Yusof & Puteri Sarah Liyana Nikah 8 Mac Ini

Alhamdulillah. Niat yang baik pasti akan dipermudahkan. Perancangan Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana untuk mendirikan masjid nampaknya semakin menjadi kenyataan dengan tarikh hari pernikahan telah dapat ditentukan. Ibu Syamsul mengesahkan bahawa anaknya akan bernikah dengan Puteri Sarah pada 8 Mac ini bertempat di Masjid Sri Damansara pada pukul 10 pagi.

syamsul yusof

Advertisement

Manakala majlis resepsi perkahwinan Syamsul dan Puteri Sarah pula akan diadakan pada 18 April Dewan Perdana Felda. Majlis resepsi untuk adik Syamsul iaitu Syafiq turut sama akan diadakan serentak. Sementara itu majlis resepsi Puteri Sarah Liyana akan diadakan pada malam hari pernikahan di Pusat Konvensyen Setia City, Shah Alam .

syamsul

Jutaan tahniah buat Syamsul Yusof dan Puteri Sarah Liyana atas berita gembira ini. Jangan lupa jemput Abang Nara. Teringin nak makan nasi minyak. Paling penting nak tengok pengantin baru bersanding di atas pelamin. Apa pun, sama-samalah kita doakan agar segala perancangan berjalan lancar. Info asal Mstar Online.

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Comments are closed.

Loading...
To Top