Syamsul Yusof Menang Saman Tuduhan Ciplak Jalan Cerita Novel Aku Bohsia

Hiburan

Syamsul Yusof Menang Saman Tuduhan Ciplak Jalan Cerita Novel Aku Bohsia

Awal tahun 2015, seorang novelis telah mendakwa pengarah Syamsul Yusof menciplak karyanya Aku Bohsia didalam filem arahannya Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam.

Advertisement

Penulis tersebut yang dikenali sebagai Elias Idris kemudiannya mendakwa Syamsul di mahkamah selepas beberapa perbincangan secara baik yang dibuat oleh Syamsul dan Elias gagal.

Semalam, Mahkamah Tinggi, telah menolak saman Elias setelah mendengar hujah daripada kedua-dua belah pihak.

Menurut Hakim Mahkamah Tinggi, Azizah Nawawi isu bohsia dan mat rempit adalah isu semasa dalam masyarakat di negara ini dan tidak boleh dijadikan perbandingan di antara novel dan filem. Azizah berkata, idea membabitkan bohsia dan mat rempit tidak dilindungi mengikut Akta Hakcipta 1987 dan ia juga tidak boleh dikatakan hanya eksklusif kepada novel karya Elias.

Pada masa yang sama hakim membenarkan tuntutan saman fitnah yang dibuat oleh Datuk Yusof Haslam terhadap Elias berjumlah RM 140,000 kerana telah memfitnah bukan sahaja Syamsul tetapi Skop Productions juga melalui penerbitan artikel didalam internet berhubung  isu ciplak berkenaan.

Terdahulu, Elias memberitahu karakter, plot serta tema filem Bohsia : Jangan Pilih Jalan Hitam seratus peratus sama dengan novel yang ditulis olehnya.  Elias memberitahu beliau menggunakan nama pena Anne Natasha Nita bagi novel berjudul Aku Bohsia yang diterbitkan pada tahun 1995.

Sumber Berita: BH ONLINE

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...