Syamsul Yusof Enggan Ulas Isu Keluarga, Risau Keruhkan Keadaan – “Apa Saja Saya Cakap Mesti Jadi Tajuk Berita”

Hiburan

Syamsul Yusof Enggan Ulas Isu Keluarga, Risau Keruhkan Keadaan – “Apa Saja Saya Cakap Mesti Jadi Tajuk Berita”

Pengarah Syamsul Yusof dan Ira Kaza sah bercerai talak satu pagi ini namun katanya tiada keperluan untuk dia berkongsi apakah punca berlaku perceraian tersebut.

Sementara itu, Syamsul enggan mengulas tentang perkara membabitkan keluarganya kerana risau apa yang dikatakannya disalah tafsir.

Advertisement

Bapa kepada dua anak itu juga berkata isu yang membabitkan keluarga seharusnya tidak melibatkan orang luar kerana ia boleh mengeruhkan lagi keadaan.

syamsul yusof ditemubual di mahkamah

Kalau ada isu keluarga, kita tak boleh libatkan jiran kita (orang luar), betul tak? Sebab semua itu boleh keruhkan keadaan. Itu sahaja yang mampu saya cakap. Kita doakan yang terbaik. Kalau apa sahaja saya cakap, pasti akan jadi tajuk berita.

Dalam pada itu, pengarah Munafik tersebut berterima kasih kepada semua pihak yang menghubunginya secara peribadi dan memberikan semangat serta mendoakannya selama ini.

yusof haslam dan isteri

Terdahulu, Mahkamah Rendah Syariah Kuala Selangor mengesahkan wujudnya lafaz cerai taklik yang dilafaz oleh Syamsul terhadap Ira ketika masih bergelar suami isteri.

Peguam syarie mewakili Ira Kazar, Mohammad Fadhil Abdul Razak berkata mahkamah mengesahkan berlakunya lafaz taklik, sekali gus jatuh talak satu.

respon ira kazar setelah diceraikan
1 month ago

"Alhamdullilah, Dah Selesai, Minta Maaf" - Respon Ira Kazar Setelah Cerai Talak Satu Dengan Syamsul Yusof

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...