Bakal menimang cahaya mata pertama selepas dua tahun mendirikan rumah tangga, kegembiraan pengarah terkenal Syamsul Yusof bertambah apabila doktor mengesahkan isterinya, Puteri Sarah Liyana sedang hamil anak lelaki.
Khabar gembira itu diketahui ketika Syamsul membawa Puteri Sarah membuat pemeriksaan kehamilan dua minggu lepas.
Sambil membuat pemeriksaan isteri saya turut menjalani ujian imbasan kehamilan. Doktor mengesahkan isteri hamil anak lelaki.
Saya sangat gembira dan bersyukur. Apatah lagi ini adalah anak pertama kami. Usia kandungan kini mencecah lima bulan dan dilaporkan sihat.
Walaubagaimanapun, buat masa ini Syamsul dan isterinya itu masih belum membuat sebarang persiapan dari segi kelengkapan bayi kerana baru sahaja mengetahui jantina anak mereka.
Itulah kata orang, berkat kesabaran dan doa yang tidak putus pasti akan membuahkan hasil yang tiada nilainya. Kami mendoakan kebahagiaan Syamsul dan Puteri Sarah bertambah dan semoga segala proses bersalin nanti dipermudahkan.