Pengarah dan pelakon sensasi, Syamsul Yusof ada berkongsi momen percutiannya di luar negara bersama dua anak dan juga ibu bapa tercinta, Datuk Yusof Haslam bersama Datin Patimah.
Difahamkan, anak beranak itu sedang bercuti di Switzerland.
Menerusi beberapa perkongsian di Instagram, Syamsul memuat naik foto dirinya memeluk erat ibu, Datin Patimah.
Bekas suami kepada aktres Puteri Sarah Liyana itu juga terlihat bahagia dan gembira meluangkan masa bersama-sama keluarga.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen turut tumpang gembira melihatkan pengarah filem Munafik itu yang sebelum ini terpalit konflik setelah berkahwin kali kedua dengan Ira Kazar sudah kembali berbaik dengan keluarganya.
Usai bercerai dengan Ira Kazar, akhirnya Syamsul kembali ke pangkuang keluarga setelah beberapa ‘episod’ konflik kekeluargaan menjadi sorotan netizen tahun lalu.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.