“Syamsul Tu Kaya Raya, Abang Apa Ada?” – Seloroh Nak Kahwin Dua, Suhaimi Saad Kena ‘Sound’ Setepek Dengan Ina Naim

Hiburan

“Syamsul Tu Kaya Raya, Abang Apa Ada?” – Seloroh Nak Kahwin Dua, Suhaimi Saad Kena ‘Sound’ Setepek Dengan Ina Naim

Minggu ini memang hangat diperkatakan tentang perkahwinan pengarah terkenal Syamsul Yusof dengan isteri keduanya, Ira Kazar yang dilangsungkan di Thailand disaksikan oleh bapa pengantin perempuan, pelakon Kazar Saisi.

Selain keluarga ramai yang turut terpalit dengan isu ini termasuklah rakan artis yang mengucapkan tahniah kepada Syamsul di mana perbuatan mereka turut dikecam netizen.

Advertisement

Syamsul Yusof kahwini Ira Kazar
1 year ago

Kecoh Isu Kahwin Kali Kedua, Ini Antara Artis Lelaki Beri 'Sokongan' Buat Syamsul Yusof

Malah, ada yang turut menjadikan poligami sebagai content di media sosial seperti bekas penyanyi nasyid, Suhaimi Saad yang berseloroh dengan isterinya.

Menerusi video dimuat naik di TikTok,Suhaimi bertanya kepada Ina Naim jika dia dibenarkan untuk berkahwin dua dan menjadikan Syamsul sebagai contoh kerana berbini dua.

Sebaik sahaja ditanya suami, Ina Naim tidak menunggu lama dan terus memberikan jawapan  padu kepada soalan Suhaimi itu kerana membandingkan dirinya dengan Syamsul.

Abang, Syamsul tu kaya, pak dia pun kaya raya. Rumah besar, kereta besar. Abang apa yang ada? Hidung je besar!”

@abuehmad

nak kawin lagi #suhaimisaad #inanaim #fyp?

? original sound – Suhaimi Saad – Suhaimi Saad

Reaksi Ina terhadap Suhaimi itu membuatkan netizen terhibur dan memuji pasangan suami isteri ini kerana sporting dengan gurauan sebegitu.

Rata-ratanya mendoakan kebahagiaan rumah tangga pasangan tersebut yang berkahwin sejak 2007 dan dikurniakan seramai empat orang cahaya mata.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...