Syamsul Dan Ira Kazar Masih Dalam Siasatan Persetubuhan Luar Nikah, Netizen Teka Puteri Sarah Punya Bukti Video Ketika Hamilkan Sumayyah?

Hiburan

Syamsul Dan Ira Kazar Masih Dalam Siasatan Persetubuhan Luar Nikah, Netizen Teka Puteri Sarah Punya Bukti Video Ketika Hamilkan Sumayyah?

Susulan daripada permohonan nusyuz yang dibuat Syamsul Yusof terhadap isterinya, Puteri Sarah Liyana di Mahkamah Rendah Syariah hari ini, aktres tersebut tampil memberikan respon yang mungkin boleh mengejutkan ramai pihak.

Soal Puteri Sarah yang dihubungi media, dia hairan dengan tindakan suaminya yang baru memfailkan permohonan nusyuz setelah empat tahu mereka berdepan kemelut rumah tangga.

Advertisement

Kenapa baru sekarang nak failkan nusyuz sedangkan masalah ini sudah berlaku sejak empat tahun lalu. Apa yang dia mahukan lagi? Buatlah apapun kerana saya tidak takut. Saya yakin saya di pihak yang benar.

Malah, Puteri Sarah memaklumkan bahawa suami dan madunya, Ira Kazar masih dalam siasatan di bawah Akta 559, Akta Kesalahan Jenayah Syariah di bawah seksyen 23 iaitu berkenaan persetubuhan luar nikah.

Isterinya (Ira Kazar) sudah pun dipanggil untuk beri keterangan dan saya sedang menunggu tindakan lanjut dari mahkamah.

Menjengah ke satu ruangan media, ramai berpendapat bahawa Syamsul ‘buat hal’ ketika Puteri Sarah menghamilkan Sumayyah.

Puteri SarahSumber : Instagram  
ForumSumber : Forum  
ForumSumber : Forum  

Tidak syak lagi memang Sarah ada bukti dan dia dapat video tak senonoh video senggama dua orang ni masa hamilkan Sumayyah.

Dalam pada itu, Puteri Sarah menganggap Syamsul yang berkelakuan nusyuz kerana mengabaikannya selama ini.

Terdahulu, Syamsul tampil memfailkan permohonan nusyuz terhadap isteri pertamanya itu petang tadi.

Alasan yang dikemukakan Syamsul adalah Puteri Sarah telah berlaku curang dengan bekas kekasihnya yang juga suami orang, meninggalkan rumah kelamin sejak Oktober 2020, memfitnahnya melakukan keganasan rumah tangga selain tidak memberikan nafkah.

Syamsul yusof fail nusyuz
2 years ago

Syamsul Yusof Fail Permohonan Nusyuz, Ini Respon Puteri Sarah - "Saya Isteri Derhaka? Tunggu Apa Dia Nak Buat Dulu"

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...