Terima kasih USTAZAH HUSLIN ( SMK BATU GAJAH , TANAH MERAH KELANTAN ) kerana telah menampar kepala anak saya NURSYAHIDA ZULKIFLI ( 3TEKNIK3 ) sebanyak 3 kali pada 19/7/2016 jam 8:30 pg.
Katanya anak saya mengandam kening. Sedangkan keluarga kami semuanya kening macam diandam. Saya rasa Ustazah berkenaan perlu menambah power kaca matanya. Anak saya masih dalam rawatan Doktor Pakar Ortopedik kerana tulang tengkuknya menghadapi masalah kritikal.
Disebabkan kejadian semalam, saya terpaksa menghantar anak saya ke Hospital Tanah Merah kerana dia mengalami sakit di bahagian yg ditampar dan muntah-muntah dan sekiranya sakitnya tidak berubah saya terpaksa merujuk HRPZII.
Justeru itu saya tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang sewajarnya . Sepatutnya pihak sekolah prihatin terhadap murid-muridnya dan sepatutnya juga pihak guru mendidik tidak menghukum.
Tambahan pula guru yang berpendidikan agama perlu mengambil tindakan secara berhemah . Dan saya berharap pihak kementerian mengambil tindakan yang serius kepada guru-guru yang tidak beretika .
Sumber: Zulkifli Yunus -amazingnara.com