Syak Ada ‘Kawan’ Lain Sebab Kerap ‘On The Phone’, Suami Simbah Isteri & Bayi Dengan Minyak Panas

Berita

Syak Ada ‘Kawan’ Lain Sebab Kerap ‘On The Phone’, Suami Simbah Isteri & Bayi Dengan Minyak Panas

Gara-gara berlaku pertengakaran, seorang lelaki bertindak menyimbah minyak panas kepada isteri dan bayi perempuannya berusia empat bulan.

Kejadian berlaku pada 11 Februari jam 5.50 petang di Semabok Dalam, Semabok, Melaka.

Advertisement

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri Asisten Komisioner Lim Meng Seah, siasatan awal mendapati kejadian tersebut berpunca apabila si suami mengesyaki isterinya berusia 21 tahun itu berkawan dengan orang lain kerana kerap berbual di telefon bimbit.

Ketika itu mangsa sedang menggoreng ayam di dapur dan apabila ditanya dia cuba memberikan penjelasan namun tidak diendahkan suaminya.

Pada masa sama bayi mereka menangis dan mangsa mendukung anaknya, sebelum suspek yang dipercayai tidak berpuas hati menyimbah minyak panas dari kuali di dapur ke arah mangsa dan anak bongsunya itu.”

Kejadian disedari ibu mentua mangsa yang terus membawa menantu dan cucunya ke mendapatkan rawatan di Hospital Melaka.

Mangsa dilaporkan mengalami kesan lecur di paha kiri manakala bayinya pula pada belakang pinggang, punggung serta keseluruhan kaki sebelah kiri dan kanan.

Suspek bekerja sebagai pemotong ayam di Pasar Borong Batu Berendam dan pasangan itu mempunyai tiga lagi anak berusia antara dua hingga enam tahun.

Dia telah ditahan pihak polis dan kini direman empat hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan kerana dengan sengaja mendatangkan kecederaan.

Selain itu kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

suami stress gaji isteri lebih tinggi?
3 years ago

Suami Kurang 'Stress' Kalau Pendapatan Isteri Lebih Rendah Dari Mereka?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...