“Syaitan Tandas, Anjing & Keldai” – Asalkan ‘Sedap’ Didengar, Banyak Ibu Bapa Bagi Nama Anak Tanpa Tahu Makna

Kehidupan

“Syaitan Tandas, Anjing & Keldai” – Asalkan ‘Sedap’ Didengar, Banyak Ibu Bapa Bagi Nama Anak Tanpa Tahu Makna

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam satu hantaran di laman sosial rasmi tampil menasihatkan ibu bapa agar memahami makna sebenar di sebalik nama yang ingin diberikan kepada anak agar tidak memberi maksud yang tidak baik.

Agensi itu juga turut menyenaraikan empat jenis nama yang dilarang dalam ajaran Islam sebagai rujukan buat mereka yang bergelar ibu bapa.

Advertisement

Antaranya, makna burung seperti Harb yang bererti perang, Himar bermaksud keldai atau pun Kalb iaitu anjing dan ada juga nama syaitan seperti Honzab (syaitan yang menggoda ketika solat…

..serta Khubut atau Khobat (syaitan yang mengganggu manusia dalam tandas.

Selain itu, nama yang membawa maksud berhala atau patung seperti Isaaf, Al-Uzza atau Al-Lat.

Nama anak dalam islam yang dilarangSumber : FB Jawi  

Sementara nama untuk jenis keempat yang maksudnya itu boleh menjurus pula kepada perbuatan buruk seperti Asyar bererti jahat, Balidah (bodoh) atau Ayirah (tidak bersyukur)

Dalam pada itu, JAWI menyarankan agar mereka yang mempunyai masalah atau ingin menukar nama perlu merujuk terlebih dahulu kepada JPN sebelum memohon Surat Sokongan Pertukaran Nama di agensi mereka.

adik zharif
1 year ago

(VIDEO) Tiada Rawatan Tertinggal Buat Adik Zarif, Pelukan Terakhir Staff Hospital Buat Netizen Sebak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...