Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam satu hantaran di laman sosial rasmi tampil menasihatkan ibu bapa agar memahami makna sebenar di sebalik nama yang ingin diberikan kepada anak agar tidak memberi maksud yang tidak baik.
Agensi itu juga turut menyenaraikan empat jenis nama yang dilarang dalam ajaran Islam sebagai rujukan buat mereka yang bergelar ibu bapa.
Antaranya, makna burung seperti Harb yang bererti perang, Himar bermaksud keldai atau pun Kalb iaitu anjing dan ada juga nama syaitan seperti Honzab (syaitan yang menggoda ketika solat…
..serta Khubut atau Khobat (syaitan yang mengganggu manusia dalam tandas.
Selain itu, nama yang membawa maksud berhala atau patung seperti Isaaf, Al-Uzza atau Al-Lat.
Sementara nama untuk jenis keempat yang maksudnya itu boleh menjurus pula kepada perbuatan buruk seperti Asyar bererti jahat, Balidah (bodoh) atau Ayirah (tidak bersyukur)
Dalam pada itu, JAWI menyarankan agar mereka yang mempunyai masalah atau ingin menukar nama perlu merujuk terlebih dahulu kepada JPN sebelum memohon Surat Sokongan Pertukaran Nama di agensi mereka.