“Syaitan-Syaitan Ni Dah Meresap Dalam ATM” – Peguam Bantu Kes Arwah Amirul Nashriq Tanpa Harapkan Bayaran

Kehidupan

“Syaitan-Syaitan Ni Dah Meresap Dalam ATM” – Peguam Bantu Kes Arwah Amirul Nashriq Tanpa Harapkan Bayaran

6 tahun yang lalu, seorang penuntut Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM), Amirul Nashriq dilaporkan meninggal dunia selepas tenggelam ketika bermandi-manda di sebuah kawasan rekreasi air terjun terletak di Bentong, Pahang.

Bagaiamanapun, keluarga mengesyaki kematian arwah seperti ada unsur-unsur penganiayaan tetapi kerana tiada peguam mahu melibatkan diri dalam kes ini menjadikan mereka kurang bukti serta ada risiko-risiko lain.

Advertisement

Peguam Datuk Ahmad Zaharil bantu tanpa harap bayaran

Tetapi siapa sangka seorang peguam terkemuka di Malaysia iaitu Datuk Ahmad Zaharil Muhaiyar tampil mahu membawa kes ini semula ke tengah dan sebagai seorang bapa, beliau tahu bertapa sedihnya jika terbayang nasib arwah.

Datuk Ahmad Zaharil sendiri memberitahu bahawa dirinya akan mewakili keluarga arwah bagi menegakkan keadilan tanpa mengharapkan sebarang bayaran.

Langkah seterus yang bakal dilakukan oleh peguam itu adalah menulis surat kepada Majlis Angkatan Tentera selain mengumpulkan data penting termasuk laporan post mortem daripada pusat perubatan di Bentong iaitu di lokasi arwah selepas tenggelam di air terjun.

Dipuji hati budi baik

Sekarang ni bukan nak cakap apa, syaitan-syaitan ini telah meresap ke dalam ATM. Mereka semua adalah Leftenan & Kapten sekarang. Budaya itu akan diteruskan.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen memuji sikap prihatin peguam tersebut dan merasakan hati budinya terlalu baik kerana sanggup mewakili keluarga Allahyarham dengan ikhlas.

komen

kes amirul nashriq othman akan dibuka semula
2 months ago

"Kes Kedua Pelajar UPNM.." - Mahu Buka Semula Kes Amirul Nashriq Othman, Peguam Akan Jumpa Keluarga

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...