Sedia maklum, majlis perkahwinan pasangan selebriti, Fattah Amin dan Amira Othman bakal berlangsung pada Ahad ini dan ia sepatutnya menjadikan satu momen bahagia serta diraikan peminat.
Kenapa ramai tak suka tengok Fattah & Amira bersatu?
Bagaimanapun, berita mengenai pasangan tersebut bakal disatukan telah mendatangkan rasa kurang senang daripada beberapa netizen.
Susulan itu, seorang individu tampil persoalkan tindakan beberapa individu yang dilihat tidak menyukai dengan berita terbabit.
Setahu aku, syaitan iblis je tak suka orang kahwin.
View this post on Instagram
“Sibuk pertikaikan kerja Tuhan..”
Difahamkan dari laporan mStar, ruangan komen hantaran tersebut meraih perhatian ramai dan rata-rata bersetuju dengan pendapat individu berkenaan.
Setuju. Sedih tengok netizen ramai yang busuk hati
Apa yang peliknya mereka kemain benci dengan mereka. Dah lah bukan ada pertalian darah.
Sibuk pertikaikan kerja Tuhan begitulah. Ada je tak kena.
Sebelum ini, hubungan Fattah dan Amira mula menjadi perhatian ramai selepas mereka bekerjasama dalam satu muzik video lagu berjudul Bila Nak Kahwin nyanyian Amira.