“Syaitan Bertopengkan Manusia” – Mayat Wanita Sarat Mengandung Dijumpai Tanpa Kepala

Dunia

“Syaitan Bertopengkan Manusia” – Mayat Wanita Sarat Mengandung Dijumpai Tanpa Kepala

Seorang wanita yang sarat mengandung dijumpai mati dengan kepalanya dipenggal dan bekas kekasihnya telah ditahan kerana kejadian tersebut.

Memetik laporan Daily Star, dalam kejadian yang berlaku di Alton, Illinois, mangsa, Liese Dodd, 22, dijumpai mati di dalam flat miliknya selepas ibu kepada Liese, Heidi Noel  datang untuk melawat mangsa kerana sudah tidak lama berhubung.

Advertisement

Setibanya Heidi di flat berkenaan, dia menemukan mayat anak perempuannya yang sarat mengandung tanpa kepala di atas lantai rumah.

Sumber : Daily Star 

Kepala Liese yang dipenggal kemudiannya telah dijumpai di dalam tong sampah di luar bangunan flat.

Ketua polis Alton, Marcos Pulido berkata bahawa pegawai polis juga terkejut dengan keadaan mayat mangsa.

Sumber : Daily Star 

Pihak polis kini menahan bekas kekasih mangsa, Deundrea S. Holloway kerana disyaki terlibat dalam pembunuhan itu.

Selain itu, Holloway juga telah berada dalam tahanan di dalam tuduhan berasingan sebelum diburu polis.

Peguam Madison County, Thomas Haine menyatakan Holloway, 22, berdepan dengan dua pertuduhan pembunuhan tahap pertama dalam kematian Liese.

Menurutnya, Holloway turut berdepan dengan dua pertuduhan membunuh dengan sengaja ke atas seorang bayi.

anak keracunan gas monoksida
2 years ago

"Pembunuh Dalam Diam" - Wanita Kongsi Saat Cemas Selamatkan Anak Dari Keracunan Karbon Monoksida

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Daily Star

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...