Syaiful Zero Bakal Kahwin Selepas Tamat MLM2014

Hiburan

Syaiful Zero Bakal Kahwin Selepas Tamat MLM2014

Kumpulan Zero adalah kumpulan ‘underdog’ yang cukup menyinar di Maharaja Lawak Mega 2014. Tiada siapa yang menyangka kemunculan kumpulan adik beradik dari Sabah untuk MLM kali ini mampu memberikan saingan sengit kepada kumpulan-kumpulan otai lain. Tak salah untuk Abang Nara katakan salah satu punca kelawakan kumpulan mereka ialah Syaiful, abang sulung dalam kumpulan ini yang sering menjadi bahan kutukan di dalam persembahan mereka.

syaiful zero

yg baju pink tue Syaiful

Walaupun wajahnya sering menjadi ‘bahan lawak’, jangan disangka tiada awek yang jatuh cinta dengan Syaiful Zero ini. Pelawak itu telah memaklumkan yang dia bakal menamatkan zaman bujang selepas tamatnya MLM2014 kelak. Kata Syaiful:-

Advertisement

Insyaallah, saya akan menamatkan zaman bujang pada pertengahan bulan ini. Kalau ada rezeki saya, wang kemenangan itu nanti bolehlah dibuat belanja kahwin.

Bagaimanapun niat kami untuk menghantar ibu dan bapa pergi ke Mekah untuk menunaikan fardhu Haji diutamakan dahulu.

Peminat wanita lari? Tak apalah…satu sahaja sudah cukup bah

Orang kata orang nak berkahwin ini rezekinya murah. Mana tahu Zero akan dapat menggondol gelaran juara untuk MLM2014 kali ini? Semuanya mungkin lebih-lebih lagi dengan sokongan rakyat Sabah. Apa pun, tahniah diucapkan buat Syaiful. Selamat pengantin baru dan semoga berbahagia sehingga ke akhir hayat.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...