Filem Misteri Dilaila arahan Syafiq Yusof mendapat sambutan yang hangat kerana mempunyai jalan cerita yang sangat menarik dan tidak klise seperti filem tempatan yang lain. Namun, sebelum ini timbul dakwaan bahawa filem itu meniru sebuah filem antarabangsa Vanishing Act yang ditayangkan pada tahun 1986.
Bagaimanapun, Syafiq ketika itu tidak memberikan sebarang komen lanjut dan kini selepas setahun isu tersebut diperkatakan, pengarah itu tampil memberikan penjelasan mengenai dakwaan tersebut.
Menerusi akaun Facebooknya, Syafiq akhinrya mengakui filem seram arahannya itu meniru jalan cerita Vanishing Act.
Akui kesilapan, hanya mahu formula baru untuk hasilkan karya hebat
Sebagai seorang yang begitu mencintai dunia perfileman dan datang daripada keluarga seni yang hebat, Syafiq mengakui dia merasa sedikit tertekan untuk terus membuktikan dirinya setanding dengan bapanya, Datuk Dr Yusof Haslam dan abangnya, Syamsul Yusof.
Syafiq mencari pelbagai formula untuk menghasilkan sebuah filem yang hebat dan lain daripada lain. Akhirnya, idea baru tercetus saat dia membaca sebuah buku yang mengajar cara bagaimana untuk kita mengambil inspirasi daripada karya orang lain, memberikan nafas baru dan seterusnya dapat menghasilkan sesuatu yang unik.
Ternyata formula salah, keluarga pun marah
Cuma inginkan hasil terbaik
Tertekan selama setahun sehingga terfikir hendak bunuh diri
Tidak dinafikan, agak kecewa apabila ada isu tiru meniru ini tetapi kami respek Syafiq begitu berani mengakui kesilapannya dan pada kami, filem-filemnya sebelum ini sudah membuktikan dia mampu melangkaui pengarah lain pada usia yang muda. Apa-apa pun, harapnya perkara ini dijadikan pengajaran dan semoga Syafiq terus berkarya.