April 3rd, 2019

Fenomena drama Nur tidak dinafikan membuatkan nama pelakon Syafiq Kyle lebih popular. Sinonim dengan watak sebagai Ustaz Adam, beliau tidak menolak sekiranya sudah ditakdirkan jodohnya dengan seorang pelacur.

Menurut Syafiq, itu adalah ketentuan Allah SWT, baginya golongan itu tetap sama seperti mana-mana manusia yang turut menginginkan kasih sayang.

Saya terima walaupun jodoh saya suatu hari nanti dengan seorang pelacur. Kalau dah jodoh (dengan pelacur), saya kenalah terima. Persepsi saya terhadap pelacur, mereka tetap manusia biasa yang inginkan kehidupan berkasih sayang.

Siapa saya untuk labelkan mereka atau mengadili mereka kerana kita semua hanya manusia biasa.

Seperti didalam drama Nur, perkara ini memang agak sensitif dikalangan masyarakat atau lebih tepat lagi, persepsi tentang golongan lorong ini. Namun, kita juga tidak berhak untuk mengadili mereka kerana tidak mengetahui apa yang menyebabkan mereka jadi begitu. Apa pula pendapat anda?

Sumber Berita : Harian Metro


21 responses to “Syafiq Kyle Terima Jika Ditakdirkan Jodoh Dengan Pelacur”

  1. Anonymous says:

    Mulianya hati awak Syafiq semuga awak mendapat jodoh orang yang baik-baik. Kita mesti menghargai setiap yang bernama manusia. Hargailah semua siapa kita untuk menghukum mereka. Syabas dan Tahniah lakonan yang mantap.

    • hamba Allah says:

      betul Anonymous.. ajal maut jodoh rezeki bukan kita yang tentukan.. maka janganlah kita berkata tidak dan benci.. atas golongan tersebut takut-takut Allah beri cubaan dekat kita.. kalau tidak kita pun yg kena .. tak tau mungkin anak cucu kita.. maka Tawakaltu alAllah.. Allah berkuasa membolak Balik kan hati.. bila sudah terdetik hati kepada suka.. muka masam diliat pun semacam Madu..

  2. bawang says:

    cuba yg datang sejenis muka macam ” hantu maklimah “kau nak terima ke shafiqqqq oii ….
    nampk sgt terbawa2 angau watak di luar …

Loading...