Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Syafiq Kyle Nafi Kurus Sebab Dadah

Penurunan berat badan pelakon Syafiq Kyle yang dikatakan agak mendadak menimbulkan pelbagai spekulasi. Mula tersebar dakwaan liar mengatakan beliau kurus disebabkan pengambilan bahan terlarang ataupun dadah.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Syafiq menafikannya dan menjelaskan berat badan beliau turun kerana aktif bersukan. Syafiq sebenarnya sudah malas ingin mengambil tahu tentang percakapan ataupun tanggapan orang terhadap dirinya.

Sebenarnya saya sudah berhadapan tanggapan sebegitu sejak dulu lagi sebelum saya kurus pun. Selepas turun 15 kilogram daripada berat terdahulu, lagilah orang bercakap macam-macam.

Bagaimanapun, penurunan itu adalah disebabkan saya bermain bola sepak setiap minggu. Saya mesti cari masa juga untuk bersenam dalam seminggu walau sibuk macamana pun.  Mengenai dakwaan saya mengambil barang terlarang itu, suka hatilah orang nak kata apa pun. Siapa yang tengok saya depan-depan tahulah sama ada saya ambil atau tidak.

Makan secara sihat dan tidak mengambil garam dan gula juga adalah salah satu cara Syafiq untuk mendapatkan wajah yang lebih menarik. Baguslah kalau tidak mengambil dadah, buat apa kelihatan kurus tetapi hakikatnya merosakkan tubuh badan.

Sumber Berita : Harian Metro

 

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

19 Comments

  1. Nur bukan nama sebenar

    May 23, 2018 at 4:50 pm

    Lagi suka masa dia berisi dulu, at least mcm masa MMP. Please gain weight Syafiq

  2. haluu

    May 23, 2018 at 4:11 pm

    Siapa yg tahu jadual kerja dia mcm mana, tak pelik pun dia kurus.

  3. WADDEHEK

    May 23, 2018 at 12:34 pm

    HABIS, INGAT YANG SADO2 SEMUA TU TAK DADAH? BERSIH SUCI TUBUH BADAN? NGEKS!

    • LuHangGuakepe

      May 23, 2018 at 2:54 pm

      Orang gemok je yg cakap & berfikiran macam kau..kan boleh tengok dari biji mata..kalau gitu biar melayu semua gemok!

    • Anonstickpan

      May 23, 2018 at 3:33 pm

      Steroids tu dadah la bai… ko ingat org yg tetiba badan ketoi sasa tu sbb work out jer ke? Fikir dulu sebelum komen yea, Labu.

    • LuHangGuakepe

      May 24, 2018 at 11:25 am

      Dia tulis sado dia tak tulis steroid…sado pun boleh sebab dia exercise kek…

  4. Look n See

    May 23, 2018 at 12:21 pm

    Baru SK kurus da cakap gini. Kalau Abam bocey dapat kuruskn badan cmne pulak respon orng? Tk semestinya dadah. Bersangka baik la kalau tkde bukti. Kalau betol dadah biarla dia tanggong. Dia yg pilih jln gini.

  5. melati

    May 23, 2018 at 9:01 am

    Ko kawin lah dgn Neelofa tu, sian Neelofa Raya ni balik Kelantan sorang2 lagi….!!! seksa Mak Bapak dia anak dia blom kawin lagi , Andartu plak tu….mesti org Kampong Mengumpat, hmmmm

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top