Syafiq Kyle Nafi Kurus Sebab Dadah

Hiburan

Syafiq Kyle Nafi Kurus Sebab Dadah

Penurunan berat badan pelakon Syafiq Kyle yang dikatakan agak mendadak menimbulkan pelbagai spekulasi. Mula tersebar dakwaan liar mengatakan beliau kurus disebabkan pengambilan bahan terlarang ataupun dadah.

Advertisement

Walaubagaimanapun, Syafiq menafikannya dan menjelaskan berat badan beliau turun kerana aktif bersukan. Syafiq sebenarnya sudah malas ingin mengambil tahu tentang percakapan ataupun tanggapan orang terhadap dirinya.

Sebenarnya saya sudah berhadapan tanggapan sebegitu sejak dulu lagi sebelum saya kurus pun. Selepas turun 15 kilogram daripada berat terdahulu, lagilah orang bercakap macam-macam.

Bagaimanapun, penurunan itu adalah disebabkan saya bermain bola sepak setiap minggu. Saya mesti cari masa juga untuk bersenam dalam seminggu walau sibuk macamana pun.  Mengenai dakwaan saya mengambil barang terlarang itu, suka hatilah orang nak kata apa pun. Siapa yang tengok saya depan-depan tahulah sama ada saya ambil atau tidak.

Makan secara sihat dan tidak mengambil garam dan gula juga adalah salah satu cara Syafiq untuk mendapatkan wajah yang lebih menarik. Baguslah kalau tidak mengambil dadah, buat apa kelihatan kurus tetapi hakikatnya merosakkan tubuh badan.

Sumber Berita : Harian Metro

 

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...