Walaupun ABPBH 31 sudah melabuhkan tirainya, keputusan mengenai siapa pemenang pada malam tersebut masih menjadi bualan.
Agak menyerlah daripada tahun 2017 sehingga kini dengan membintangi pelbagai drama yang hits seperti Tak Ada Cinta Sepertimu dan Nur, nama pelakon Syafiq Kyle yang dijangka bakal mengungguli kategori Pelakon TV Lelaki Popular.
Bagaimanapun, kemenangan itu berpihak kepada Fattah Amin. Namun, Syafiq menafikan dirinya kecewa tewas pada Fattah seperti yang didakwa. Semuanya bergantung kepada rezeki masing-masing.
Saya tidak berasa kecewa kerana tewas pada Fattah kerana dia juga layak untuk dalam menang kategori terbabit. Saya percaya semuanya bergantung pada soal rezeki dan peminat Fattah juga bekerja keras untuk memastikan kemenangannya pada malam itu. Fattah masih relevan dalam industri seni dan dia memiliki sikap yang baik dan ramai orang suka.
Saya sedar ramai peminat kecewa dengan kekalahan itu tetapi mereka boleh bekerja keras lagi untuk mengundi pada tahun depan. Saya sentiasa menghargai undian dan sokongan peminat sejak dulu sampai sekarang.
Syafiq berkata beliau tidak pernah ingin mengejar populariti tetapi mahu berusaha yang terbaik untuk memberikan lakonan yang berkualiti agar dapat memberikan kesan mendalam dalam hati penonton.