May 25th, 2015

Pelakon Syafiq Kyle menepis gosip bahawa beliau cepat melenting dan langsung tidak dapat menerima hakikat jika dirinya dikritik.  Jelas Syafiq, beliau sentiasa bersifat terbuka dan tidak pernah membangkang pendapat seseorang yang menegur dirinya.

Saya berasa hairan kerana sekarang ini saya sibuk dengan pengacaraan selain buat kerja belakang tabir. Jarang saya di set pengambaran sekarang ini. Kalau bab lakonan, saya sentiasa menerima kritikan kerana saya pun bukannya orang lama dalam industri dan setiap kritikan itu saya ambil secara positif.

Perkara tersebut dilaporkan dalam sebuah akhbar mingguan Ahad yang mengatakan ada sesetengah pihak yang merasa kurang senang dengan sikap beliau yang tidak pernah menunjukkan perubahan sejak mula melangkah masuk ke industri lakonan tempatan beberapa tahun lalu.

Buat Syafiq, beliau bukan hanya sekadar boleh menerima kritikan malah seringkali meminta pengarah menegur cara lakonannya untuk mendapatkan kualiti yang bagus. Tuduhan yang dilemparkan kepada beliau  seperti cuba menjatuhkan namanya di dalam industri.

Sebagai seorang pelakon yang baru kita harus menerima kritikan daripada mereka yang lebih berpengalaman dalam bidang lakonan. Jangan cepat melatah ataupun melenting walaupun anda rasa cara mereka menegur anda agak tegas.

 

 

 


Comments are closed.

Loading...