Siapa tak kenal pasangan sensasi Syafiq Kyle & Mimi Lana. Masing-masing ada peminat mereka yang tersendiri.
Bukan sahaja mengikuti kerjaya seni mereka, tapi peminat juga pastinya tertanya-tanya rutin penjagaan kulit pasangan dua sejoli ini. Flawless betul, apa rahsianya ni?
Ringkas tapi tetap konsisten
Sebagai seorang anak seni dengan jadual kerja yang sibuk, Syafiq lebih mementing penjagaan kulit yang ringkas tapi yang penting konsisten.
“Rutin saya ringkas tapi konsisten. Pagi dan malam, saya gunakan NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow Serum untuk menyerlahkan keserian serta menjadikan kulit lebih licin.
Sebelum tidur, saya mengamalkan NIVEA LUMINOUS630 Anti-Spot Serum sebagai langkah pencegahan bintik hitam. Bila digabungkan, kedua-dua serum ini meningkatkan keberkesanan rutin harian penjagaan kulit saya,” cerita pelakon One Cent Thief ini.
Mimi Lana amal penjagaan kulit menyeluruh
Berbeza dengan suaminya, pelakon dan model Mimi Lana pula lebih gemarkan pendekatan menggunakan pelbagai produk dalam rutin penjagaan kulit.
“Saya mulakan dengan Liquid Refiner bagi tujuan mengeksfoliasi kulit secara lembut dan mempersiapkannya agar dapat menyerap langkah seterusnya dengan sempurna.
Kemudian saya mengamalkan LUMINOUS630 Skin Glow Serum. Kombinasi ini nyata meningkatkan keserian bagi kulit saya dengan secara luar biasa!
Kemudian, saya menggunakan pula LUMINOUS630 Anti-Spot Serum bagi membantu mencegah bintik-bintik hitam. Rutin ringkas ini buat kulit saya kekal bersih, berseri dan sentiasa bersedia di hadapan lensa kamera,” katanya.
Apabila digunakan bersama, LUMINOUS630 Skin Glow Serum dan Liquid Refiner memberikan kulit 4X Lebih Berseri, membantu menjadikannya lebih licin, cerah dan sekata.
Pasangan ini berkongsi rahsia penjagaan kulit mereka dalam satu acara Glow Like Idol Showcase di Sunway Pyramid baru-baru ini.
Turut hadir adalah barisan personaliti popular seperti Lee Jun Young, Zahirah MacWilson dan Aiman Hakim berkongsi rahsia penjagaan kulit mereka dan bagaimana NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow Serum yang baharu ini memberikan mereka kulit sihat dan berseri.
Miliki kulit ala Syafiq Kyle dan Mimi Lana dengan NIVEA LUMINOUS630
Nak dapatkan kulit cantik berseri seperti selebriti pujaan ramai ini? Inilah masanya masukkan NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow Serum dalam rutin penjagaan kulit anda.
Dengan serum ini, perubahan ketara dapat dilihat dalam 3 hari. Terbukti secara klinikal, NIVEA LUMINOUS630 Skin Glow Serum diperkuasa dengan Thiamidol, bahan pencerah yang dipatenkan dan terbukti 60 kali lebih berkesan daripada Vitamin C.
Ia turut mengandungi Niacinamide untuk mengecilkan liang pori, serta Aloe Vera untuk melembapkan dan menenangkan kulit.
Didapati secara eksklusif di Watsons
Sama ada anda memilih menggunakan satu serum sahaja atau mengamalkan rutin keserian yang lengkap, rangkaian LUMINOUS630 Skin Glow ini memberikan hasil sebenar yang boleh dilihat dengan ketara.
Dapatkan NIVEA LUMINOUS630Skin Glow secara eksklusif di semua cawangan Watsons seluruh Malaysia. Untuk maklumat lanjut, layari facebook.com/mynivea atau kunjungi nivea.com.my.