Written by serenity | February 1st, 2018

Konduktor dan Guru Vokal, Syafinaz Selamat, ialah antara 69 penerima pingat Panglima Mahkota Wilayah bersempena Hari Wilayah Persekutuan Hari ini, yang membawa gelaran Datuk.

Berita Harian Online melaporkan. Penganugerahan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Wilayah Persekutuan yang bermula sejak 2008 adalah bagi menghargai dan mengiktiraf sumbangan warga Wilayah Persekutuan yang banyak berjasa membangunkan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan.

Penganugerahan ini bukan sahaja diberikan kepada warga Wilayah Persekutuan namun turut mengiktiraf mereka yang tidak bermastautin tetapi menabur bakti kepada pembangunan Wilayah Persekutuan.

Syafinaz mempunyai pencapaian prolifik dalam industri seni Malaysia, antaranya voice master untuk Koir Kebangsaan Malaysia, pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan ASWARA, mempunyai ijazah dalam bidang muzik serta menerima beberapa anugerah dekan. Dia juga sering dijemput sebagai juri pertandingan vokal, dan dianugerahkan satu pingat emas dalam kategori R&B/Pop/Rock/Kontemporari semasa World Championships of Performing Arts di Los Angeles pada tahun 1999, serta pencalonan sebanyak 2 kali dalam Anugerah Industri Muzik 2002 untuk Best Female Vocal, Anugerah Sri Angkasa, dan Anugerah Era 2002.

Dia juga pernah membuat persembahan untuk Barrack Obama ketika pemimpin itu membuat lawatan rasmi ke Malaysia semasa menjadi presiden Amerika Syarikat. – beautifulnara.com

33 responses to Syafinaz Selamat Terima Gelaran Datuk Bersempena Hari Wilayah Persekutuan

  1. damai says:

    Ok if Syafinaz dapat gelaran Dato mmg patut, at last dapat gelaran not from Sultan Pahang, so this can respect.

    105

    0
  2. Datuk Noor Melati binti Datuk Awan says:

    Untuk penganugerahan ini saya berasa Datuk Syafinaz sememangnya layak untuk menerimanya.

    Ini kerana beliau juga sememangnya mempunyai bakat tersendiri dan pernah mengharumkan nama negara.

    Penglibatannya dalam bidang seni juga telah bermula semenjak beliau masih kanak-kanak. Tahniah Datuk Syafinaz!

    Sepertimana yang kita semua tahu, penganugerahan ini bukanlah suatu penganugerahan klise seperti yang diberikan oleh negeri Pahang. Maaf untuk saya katakan bahawa sekiranya gelaran ‘Datuk’ itu mudah sahaja dianugerahkan, maka ekslusiviti gelaran tersebut sudah tentu merudum dan tidak berkualiti.

    58

    0
  3. Anonymous says:

    first time bace dpt datuk bukan dr sultan pahang ekekekeke

    66

    0
  4. nok gebuzzz says:

    selain dari pahang yg bagi gelaran ni ,mmg ada respek…and dari segi pencapaian dia mmg layak pon…baru sedap nak panggil dato’………ni,nak panggil datok boy iman,fiz fairuz,nash,ifa raziah…ooomaigoddd!

    52

    0
  5. wekkkkkkk says:

    Boleh jadi juri utk “Asia Got’s Talent” x akan dtg. Gantikan Anggun.

    53

    0
  6. Anonymous says:

    well deserved.. Congrats

    14

    0
  7. Mis Sarjit says:

    Respekk!! Aku paling suka masa dia jd juri nyanyi tu…her comment padu. Mmg betul dia nmpak ape kelemahan penyanyi2. Rather than bagi lovely-dovey comment supaya org nmpk cantik je juri2.. She a lecturer meaning shes a teacher..good job. She deserve it!!

    41

    0
  8. Miss Unibes says:

    Yg ni layak sgt. Dan saya redho.

    29

    0
  9. adelia says:

    ifa raziah dah dpt dato ke…ttgal ketapi nihhh.mcm minah ni pun blh dapat dato’… dapat dato’ sebab kaki gaduh ke aper???

    6

    1
  10. Anonymous says:

    y ini baru aq caya gelaran yg di berikan dari segala aspect

    3

    1
  11. BAWANG says:

    yeay, anugerah dari Wilayah .
    1. Anugerah Berkualiti
    2. Dia layak

    19

    0
  12. c says:

    ada satu anugerah yg belum tercapai oleh akal..

    1

    0
  13. pekerja swasta says:

    baru kali ni aku nampak BN siap hurai seperenggan pencapaian syafinaz. Artis yg lelain dpt datuk beramai2 baru ni tkde plk nk huraikan. Mesti sbb BN pon tatau ape sumbangan diorg2 tu..LOL

    31

    0
  14. lijoh njenh says:

    anda layak… DATUK tu… agong lagi bg. hehhehe

    5

    0
  15. wekkkkkkk says:

    lepas ni name card lama2 boleh buang..buat yg baru

    2

    0
  16. anonymous says:

    ni baru layak kalau dri pahang tu kebanyakkannya beli so paham jer la ye

    4

    0
  17. Congrats Syafinaz says:

    FINALLY… congrats Syafinaz. You deserve this. Malaysian need someone who can be a good example…

    5

    0
  18. Akak comel says:

    Baru smlm cuti thaipusam I nmpk dia di aeon mid valley, dia senyum kt I, I senyum kt dia, jap lg dia senyum lg, I pn senyum lg kt dia, lbh cantik manis tgk live dri tgk gmbr, x sangka arini berita dia dpt Dato. Tahniah Syafinaz!

    7

    0
  19. Mak iti says:

    MEMANG LAYAK DPT, TAHNIAH ?

    2

    0
  20. Akue says:

    Dia ni.. sepatutnya dari dulu lagi dapat “datuk” ni..
    Dia byk mgharumkan nama negara dgn membawa permata seni koir ke luar negara.
    Dia juga seorg yg berkerja keras.
    Segala kerja keras dia dihargai org PM dan isterinya.
    Tahniah syafinaz..

    4

    0
  21. Anonymous says:

    asal kan bukan dpt gelaran dato dr pahang… tahniah dato shafinaz selamat

    0

    0
  22. Anonymous says:

    LAYAK SGT

    0

    0
  23. komarad says:

    ingat lg masa sekolah dulu, Syafinaz ni juara musabaqah al Quran utk daerah Batu Pahat….

    1

    0

Leave a Comment

Optional