Syafie Naswip Nafi Ditahan Positif Dadah

Hiburan

Syafie Naswip Nafi Ditahan Positif Dadah

Selepas tular berita tentang penahanan seorang individu yang ditahan kerana penyalahgunaan dadah semalam, nama pelakon Syafie Naswip hangat diperkatakan gara-gara dia juga berada di Kuala Kangsar, Perak.

Pelakon pengarah positif dadah
3 years ago

Pelakon Dan Pengarah Positif Dadah, Ditahan Di Kuala Kangsar Perak

Advertisement

Syafie, 29, disangka individu yang ditahan telah dihujani pertanyaan dan mesej daripada rakan-rakan artis dan peminat yang inginkan kepastian tentang berita tersebut.

Salam semua. Ramai yang DM (mesej) tanya adakah individu itu adalah saya. Memandangkan saya sedang jalani penggambaran di Kuala Kangsar, Perak baru-baru ini.

Syafie Naswip

Pelakon filem Mukhsin itu tampil menafikan dakwaan tersebut menerusi satu hantaran Instagram miliknya. Syafie berharap supaya dia dijauhkan daripada fitnah itu kerana ada beberapa produksi drama lain yang turut membuat penggambaran di lokasi tersebut.

https://www.instagram.com/p/CU3nJ07vl3u/

Syafie yang berada di Kuala Kangsar untuk membuat penggambaran drama Hidayah Ustaz Viral. Drama tersebut turut dibintangi oleh Alya Iman, Syafi Tee dan Fauziah Nawi.

Sebelum ini, syafie meluahkan rasa terkilannya apabila sebuah syarikat produksi mengabaikan prosedur operasi standard (SOP) ketika berada di set penggambaran sehingga tercetusnya penularan virus Covid-19.

Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagramTelegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Kosmo

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...