July 3rd, 2020

Akui muak mendengar cerita perbalahan yang menyalahkan jantina susulan isu rogol, pelakon Syafie Naswip seru netizen supaya berhenti meletakkan kesalahan jenayah berdasarkan jantina seseorang.

Syafie Naswip muak isu rogol jadi modal netizen berbalah di laman sosial

Menurutnya, faktor perkara ini terjadi bukan daripada lelaki mahupun wanita sebaliknya kekurangan didikan yang diterima seseorang merupakan punca sebenar.

Perkara itu dikongsi sendiri oleh Syafie menerusi ruangan di Instagram Stories miliknya semalam.

Syafie Naswip muak isu rogol jadi modal netizen berbalah di laman sosial

 

“Apabila beri ceramah, teguran, nasihat, video komen atau sebagainya, jangan cakap atau tulis lelaki semua perangai macam ****. Perempuan semua perangai macam ****. Jangan begitu.”

Bagaimanapun, Syafie turut menasihati netizen agar orang ramai menggunakan platform laman osial secara matang. Hal ini kerana, menjadikan ruangan komen sebagai tempat melepaskan kebencian adalah tidak wajar dilakukan.

Syafie Naswip muak isu rogol jadi modal netizen berbalah di laman sosial

“Gunakan akal dan tujuan itu ke arah kasih sayang, jangan gunakan insta dan ruangan itu sebagai baja kebencian. Kalau kau nak benci lelaki atau perempuan, then kau seorang saja.”

Terdahulu, kecoh di laman Twitter apabila penyanyi Fynn Jamal tampil mengulas berkenaan jenayah rogol  dan menyeru golongan wanita untuk sentiasa menjaga penampilan.

Syafie Naswip muak isu rogol jadi modal netizen berbalah di laman sosial

Disebabkan itu, kenyataan yang dinyatakan Fynn mendapat perhatian penyanyi rap Caprice untuk berdebat. Caprice juga dikhabarkan keliru dengan pendapat Fynn yang mengatakan punca rogol boleh berlaku disebabkan wanita menggunakan “filter” di laman sosial secara berlebihan.

Malah isu ini juga turut diketahui pelakon Wardina yang bertindak meminta Fynn untuk memohon maaf kepada semua dan menyeru Fynn untuk bersimpati ke atas mangsa rogol memandangkan perogol yang harus dipersalahkan.

Bagaimanapun, sehingga kini, kenyataan Fynn itu masih hangat diperkatakan netizen hingga ada yang mendakwa wanita merupakan faktor berlakunya kes rogol, malah ada juga yang meletakkan kesalahan tersebut kepada kaum adam.


2 responses to “Syafie Naswip Muak Isu Gangguan Seksual Jadi Modal Netizen Berbalah Di Laman Sosial”

  1. Blah says:

    123, kejap lagi mula balah di sini. Right doffus?

Leave a Reply to Blah Cancel reply

Loading...