Syada Amzah Dituduh ‘Si Polan’ Punca Rumah Tangga Goyah, Elcah Tampil Bersuara – “Kami Dah Kawan Hampir 10 Tahun, Dia Cuba Tolong..”

Trending

Syada Amzah Dituduh ‘Si Polan’ Punca Rumah Tangga Goyah, Elcah Tampil Bersuara – “Kami Dah Kawan Hampir 10 Tahun, Dia Cuba Tolong..”

Tampil pertahankan Syada Amzah, pempengaruh, Elcah menafikan bahawa rakan baiknya itu merupakan individu yang cuba menganggu rumah tangganya selepas timbul dakwaan daripada suami sendiri, sebelum ini.

Berlaku salah faham, Syada bukan punca rumah tangga goyah

Dapat dilihat melalui hantaran di Instagram Story Elcah, dia menegaskan wujudnya salah faham mengenai Syada dalam konflik yang sedang berlaku berkaitan rumah tangga bersama suaminya, Afi Hamri.

Advertisement

Saya nak clearkan nama kawan baik saya, Syada Amzah. Mungkin sebab Syada orang tengah dalam pergaduhan saya dengan si polan. SA ada si polan bukan Syada Amzah. Saya rasa ramai pun tahu Syada is trying to help both of us.

instagram elcah

Dalam pada masa yang sama, pempengaruh tersebut turut sempat meluahkan rasa kecewa kerana terdapat tajuk berita yang seakan-akan menuduh Syada merupakan punca rumah tangganya goyah.

Dah berkawan sejak kecil, anggap Syada macam adik-beradik

Saya di sini mohon maaf atas nama kawan baik saya yang telah disalah faham. Saya baik-baik sahaja dengan Syada dan keluarga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by AIEN HASHA (@elcah)

Elcah turut berkata hubungannya bersama adik Shila Amzah itu sudah seperti adik-beradik susulan berkawan sejak kecil lagi.

Sebelum ini, Afi Hamri memuat naik hantaran di Instagram mendakwa Syada merupakan punca rumah tangga bersama Elcah goyah kerana mengatakan dia memujuk Elcah untuk membelakangi suami serta menghasut untuk berseronok di kelab malam.

Suami dedah mesej Syada kepada Elcah
2025-08-01 10:12:05

"Jangan Kacau Rumah Tangga Orang, Awak Pun Belum Kahwin" - Suami Dedah Mesej Dihantar Syada Amzah Kepada Elcah

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...