Syada Amzah Didakwa Jadi Perosak Rumah Tangga Pempengaruh, Ajak Masuk ‘Club’ – “Kau Nak Rosak, Rosak Sorang”

Kehidupan

Syada Amzah Didakwa Jadi Perosak Rumah Tangga Pempengaruh, Ajak Masuk ‘Club’ – “Kau Nak Rosak, Rosak Sorang”

Kecoh apabila penyanyi dan personaliti sosial media, Syada Amzah, dituduh menjadi perosak rumah tangga seorang pempengaruh terkenal bernama Elcah. Suaminya, Afi Hamri (atau Hafizzuddin Hamri), menuduh Syada cuba memecahbelahkan hubungannya dengan isterinya.

Afi menegaskan bahawa Syada dikatakan menghasut isterinya untuk berpihak kepadanya dalam konflik perkahwinan, malah turut menawarkan supaya Elcah mengikuti Syada ke kelab malam atas alasan untuk ‘merehatkan fikiran’. Tuduhan ini disampaikan menerusi Instastory Afi sendiri.

Advertisement

Weh perempuan! Jangan jadi batu api dalam rumah tangga aku. Kau ingat kau superman ke?

Kau tak dapat ajak bini aku pergi kelab kau nak buat cerita. Kau nak rosak, kau rosak seorang tak perlu buat cerita siap ajar bini aku tipu aku.

Afi turut berkongsi tangkap layar perbualan antara Syada dan isterinya yang dikatakan membincangkan isu-isu peribadi. Dia mengecam tindakan Syada dengan menyifatkan individu itu tidak ada kerja lebih bermakna dan menggelarnya ‘perosak rumah tangga’.

syada amzah

“Tolong bagi dia job kesian aku tengok tak ada job jadi perosak,” luah Afi dalam hantaran tersebut.

Untuk rekod, pempengaruh Elcah atau nama sebenarnya Aien Hasha telah berkahwin dengan Afi sejak Januari 2024 dalam perkahwinan ketiga mereka. Tuduhan yang dilemparkan itu telah menjadi bualan hangat di platform media sosial serta media hiburan tempatan.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

suami elcah
2025-07-31 15:21:53

Pempengaruh Dakwa Wanita Cuba Goda Suami, Pernah Tular Jadi Punca Pasangan Selebriti Bercerai?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...