May 31st, 2020

Beberapa hari lepas, bertiup kencang khabar angin yang mengatakan bahawa pelakon Syazwan Zulkifly sudah pun memutuskan tali pertunangannya dengan seorang pramugari, Syawariah Zulkifli.

Ini disebabkan oleh pasangan itu yang tidak lagi mengikuti akaun masing-masing di laman media sosial selain sudah tidak memuat naik gambar bersama sejak sekian lamanya. Bahkan Syazwan dan Syawariah juga dilihat tidak menyambut lebaran bersama-sama meskipun merupakan tunangan.

syazwan zulkifly putus tunang

Terpanggil untuk menjawab spekulasi ini dek pertanyaan orang ramai, Syawariah sendiri telah mendedahkan kepada pengikutnya bahawa dia sudah pun berpisah dengan Syazwan selepas memulangkan cincin merisik dan pertunangan pada 31 Mac lepas.

syazwan zulkifly putus tunang

Walaubagaimanapun pramugari itu lebih senang untuk menyimpan sendiri mengenai punca perpisahan mereka, namun meminta semua orang mendoakan yang terbaik sahaja untuk pelakon lelaki itu.

Bahkan wanita itu enggan mengulas lanjut mengenai gambar mesra Syazwan dengan seorang wanita lain yang dimuat naik baru-baru ini.

“Isu gambar Syazwan bersama wanita lain itu biarlah pihak Syazwan sendiri yang jelaskan. Saya doakan yang baik baik sahaja untuk dia.”

syazwan zulkifly putus tunang

 

Syawariah juga mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada keluarganya yang memberikan sokongan sepanjang dia melalui fasa yang menyedihkan ini.

Semoga kedua-dua Syazwan dan Syawariah menemui sinar bahagia yang baru.


One response to “Sya Zulkifli Akui Sudah Putus Tunang Dengan Syazwan Zulkifly 31 Mac Lalu”

  1. Anonymous says:

    kenapa kalu bukak page ni tak update story baru? asyik kuar story retis bercinta dengan lelaki muda je

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply

Loading...