Switzerland Keluarkan Larangan Memasak Udang Kara Yang Masih Hidup

Trending

Switzerland Keluarkan Larangan Memasak Udang Kara Yang Masih Hidup

Kerajaan Switzerland telah mengeluarkan larangan merebus atau memasak udang kara bernyawa dan larangan berkuat kuasa serta-merta minggu lalu.

Advertisement

Udang kara dan haiwan-haiwan lain yang kaya dengan krustacea di negara itu tidak lagi dibenarkan diperlaku sedemikian selagi ia tidak dimatikan terlebih dahulu.

Minggu lalu Mahkamah Persekutuan Switzerland meluluskan undang-undang bagi melindungi haiwan terbabit sebagai sebahagian daripada perubahan peraturan umum mengenai cara menangani haiwan. Ia susulan laporan pencinta haiwan yang menyatakan bahawa udang kara mempunyai perasaan dan ia merasai kesakitan ketika direbus atau dimasak hidup-hidup.

Mengikut undang-undang terbabit, penyembelihan haiwan itu perlu dilakukan oleh seseorang yang memenuhi syarat yang ditetapkan dan dilakukan melalui dua cara iaitu direnjat dengan elektrik atau memukul haiwan sehingga mati terlebih dahulu.

Switzerland merupakan negara dunia pertama yang menerapkan undnag-undang perlindungan haiwan sejak 1967. Antara haiwan yang diberi perlindungan adalah seperti katak, ayam dan beberapa produk ternakan.

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...