“Sweetnya, Bersemut Screen!” – Terlentok Di Bahu, Hubungan Aedy Ashraf Dan Daiyan Trisha Jadi Tanda Tanya Peminat

Hiburan

“Sweetnya, Bersemut Screen!” – Terlentok Di Bahu, Hubungan Aedy Ashraf Dan Daiyan Trisha Jadi Tanda Tanya Peminat

Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Daiyan Trisha ada memuat naik momen-momen ketika dia menghadiri konsert artis antarabangsa Coldplay yang berlangsung di kota London.

Di dalam keseronokan penyanyi itu ‘sing along’ lagu-lagu kumpulan muzik terkenal itu, mata netizen lebih tertumpu kepada aksi mesra dia bersama pelakon Aedy Ashraf yang dilihat turut sama hadir menyaksikan konsert tersebut.

Advertisement

Daiyan dan Ashraf dilihat manja dan mesra sekali, siap berbaring di dada, kata netizen.

Berikutan itu, ramai peminat berpusu-pusu meninggalkan komen di hantaran tersebut dan mendakwa mereka berdua kini sedang hangat bercinta.

Gambar terakhir sangat suka tengok kalian berdua.

Bersemut lah gambar terakhir tu!

Terdahulu, peminat masih berteka-teki mengenai hubungan Aedy bersama Amelia Henderson yang katanya sudah berakhir baru-baru ini.

Aedy sebelum ini ada membuat kejutan apabila dia meminta Amelia untuk menjadi kekasihnya di sebuah acara sekitar Mac lalu.

Namun, beberapa bulan kemudian, Aedy dan Amelia dikatakan sudah tidak menjalinkan hubungan cinta apabila keduanya dilihat memadam foto antara satu sama lain di Instagram selain Amelia juga turut menulis status berbaur putus cinta.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

4 bulan lalu

"Buat Baik Pun Tersakiti" - Amelia Henderson Bagi 'Hint' Dah Berpisah Dengan Aedy Ashraf?

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Instagram

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

2 Comments

  1. Anonymous

    August 22, 2022 at 11:02 am

    Tak sangka Mawi tentang bulan bila besar jadi macam ni. Yg perempuan tu tak payah cakap la…gediks mmg dari dulu kala

  2. Emanon

    August 21, 2022 at 1:01 pm

    Bila netizen memilih.. mana korang nak label sweet.. mana nak label harom, murah,jijix, mencabar agama.. hmmmmm

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...