Pelakon Elisya Sandha meluahkan rasa terharu apabila tunang kesayangan, Uzair Haqimy tidak lelah berhujan panas mengusahakan perniagaan leman demi mengumpul duit untuk perkahwinan mereka nanti.
Tunangnya yang juga anak kepada sutradara terkenal Sheila Rusly dan Jinggo itu khabarnya mengusahakan lemang sempena Ramadan dan juga Syawal yang akan menjelma tiba tidak lama sahaja lagi.
View this post on Instagram
Menerusi hantaran di Instagram milik Elisya, adik kepada pelakon Fasha Sandha itu difahamkan telah menerima hantaran lemang yang diberi nama lemang ketuk ketuk Ramadan daripada Uzair.
View this post on Instagram
Tampil memuji kesedapan lemang tersebut, dia sempat mendoakan agar perusahaan tunangnya itu dipermudahkan. Malah, Uzair sempat membalas hantaran tersebut dengan meninggalkan komen manis di mana dia sanggup melakukan apa sahaja demi masa depan mereka berdua.
View this post on Instagram
View this post on Instagram
Terdahulu, Elisya dan Uzair telah mengikat tali pertunangan pada 31 Januari lalu di kediaman Fasha Sandha dan merancang untuk mendirikan rumah tangga pada awal tahun hadapan.