Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Sweet Qismina Tak Kecil Hati, Hormati Pendirian Haqiem Rusli Mahu Wanita Bertudung Dalam Muzik Video

sweet qismina dan adam lee

Baru-baru ini, berterbangan cerita mengatakan bahawa pelakon Sweet Qismina mempunyai perselisihan faham dengan penyanyi Haqiem Rusli apabila dia dikhabarkan menarik diri daripada menjalani penggambaran untuk muzik video ‘Mimpi’.

Walaubagaimanapun, pelakon wanita itu kini tampil dan menafikan khabar angin tersebut selain menegaskan bahawa keputusan itu dibuat secara baik memandangkan mereka berdua menghormati pendirian masing-masing.

Advertisement

“Sebenarnya tiada sebarang perselisihan faham yang berlaku. Memang saya dan Adam dah sampai ke tempat penggambaran muzik video itu namun selepas diadakan perbincangan dengan Haqiem, pihak pengurusannya dan pihak penerbitan drama ‘Bidadari Salju’, memang saya ambil keputusan undur diri.”

haqiem rusli

Jelas Sweet lagi, dia menghormati keinginan Haqiem yang mahukan wanita bertudung dalam muzik video tersebut.

“Isunya bukan sebab saya tidak mahu memakai tudung, tapi saya perlu ikut karakter yang saya bawakan dalam ‘Bidadari Salju’ yang mana watak itu tidak memakai tudung.”

Memandangkan wataknya dalam drama ‘Bidadari Salju’ tidak bertudung, agak pelik sekiranya dia tampil bertudung dalam video muzik itu nanti. Malah Sweet turut sudah boeh membayangkan reaksi orang ramai sekiranya dia meneruskan dengan pilihan tersebut.

“Kalau saya bertudung, lain daripada karakter yang dibawakan dalam drama itu, netizen akan kecam macam-macam pula… tahu sahaja la kan netizen ni macam mana.”

Langsung tidak terasa hati, pelakon itu malah ada berkongsi muzik video tersebut di laman Instagram miliknya memandangkan’Mimpi’ merupakan lagu runut bunyi drama ‘Bidadari Salju’.

sweet qismina

Sweet turut menegaskan bahawa penyanyi itu memahami kerjanya sebagai pelakon dan dia juga memahami kerjaya Haqiem sebagai penyanyi, lantas tiada langsung terlintas rasa kecil hati mengenai hal ini.

“Sayang memanglah sayang (tak dapat beraksi dalam muzik video), sebab muzik video ini pasal drama saya berlakon. Tapi lebih baik saya undur diri sebab nanti akan jadi pelik dalam muzik video saya pakai tudung, tapi dalam drama itu saya tidak bertudung pula.”

Profesional betul Sweet dan Haqiem kan?

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

3 Comments

  1. ZAHIRAH BINTI ZOLKIFLY

    February 1, 2021 at 12:03 pm

    YUP masing masing ada pendirian dan cara tsendiri apa apa pun harap juga sweet dalam video clip tu myb xde rezeki.. apa apa pun sweet terbaik

  2. Anonymous

    January 10, 2021 at 8:26 pm

    X de yg pelik pon…nak seribu daya x nak seribu dalih. Video clip ni utk selama lamanya. X semestinye hero heroin sesebuah drama tu kne turut serta dalam video clip. Video clip bidadari syurga bukan siti saleha pon yang membintangi video clip tu. Ok je siap meletop letop lagi lagu n drama tu. RESPECT HAQIEM.

    • Helok Je

      January 11, 2021 at 10:38 am

      yg dia kata pelik bukan kalau org lain dlm video klip tu…. tapi kalau dia masuk video klip tu pakai tudung, tapi watak dia dlm drama tu tak bertudung….so alang2 biar je org lain yg bertudung masuk video klip tu…

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top