Sweet Qismina Selar Individu Lantang Perjuang ‘No Bully’ Tapi Kutuk Orang Di Media Sosial – “Tak Ada Beza Dengan Pembuli Sekolah”

Hiburan

Sweet Qismina Selar Individu Lantang Perjuang ‘No Bully’ Tapi Kutuk Orang Di Media Sosial – “Tak Ada Beza Dengan Pembuli Sekolah”

Pelakon Sweet Qismina menempelak tindakan pembuli siber yang kini semakin berleluasa di media sosial terutamanya ‘budaya’ kutuk mengutuk.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by SWEET QISMINA ( SQ ) (@sweetqismina)

Advertisement

Tulis pelakon berusia 28 tahun itu di laman sosial Threads, perkata tersebut membuatkannya berasa tidak selesa dan muak dengan mereka yang membiasakan ‘budaya’ ini.

Beriya sokong ‘No Bully’ terhadap arwah Zara. Tapi tak habis-habis condemn dan buli orang kat media sosial. Makin lama makin mengarut.

Sweet atau nama sebenarnya, Farhanna Qismina Supandi juga berkata individu yang gemar bergosip dan mengutuk orang lain ini tiada bezanya dengan pembuli di sekolah.

Kalian adalah pembuli mental.

 

View on Threads

 

Hantaran itu meraih perhatian ramai yang turut bersetuju dan menyokong kata-kata isteri kepada aktor Adam Lee tersebut tentang ‘budaya’ buli siber.

“Ironinya mereka yang menentang buli, akhirnya menjadi pembuli dalam media sosial,” kata seorang individu.

Allan Andersn beri pendapat kes Zara Qairina
2025-08-21 14:06:02

"Jangan Nyatakan 'Justice For Zara' Kalau Kamu Sendiri Seorang Pembuli" - Allan Andersn

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : Threads

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...