Pempengaruh media sosial, Kim Seri tampil memberi respon selepas ada netizen yang mendakwa suaminya, Choi Amin, sebagai seorang yang ‘lembam’.
Tidak cepat melatah, Seri menafikan tuduhan tersebut dan menyifatkan dakwaan itu tidak benar sama sekali. Malah, dia memuji sifat suaminya yang jauh berbeza daripada gambaran negatif yang dilemparkan.
Menurut Seri, Amin merupakan seorang suami yang bertanggungjawab dan rajin bekerja demi menyara keluarga.
Lucu la mereka ni, terpaksa reka macam macam cerita untuk membahagiakan diri sendiri. Mungkin dengan cerita macam ni boleh buat mereka gembira.
By the way suami saya mr provider, buat dua kerja dalam sehari, balik rumah sempat masak dan buat kerja rumah.
Seri turut menambah bahawa Amin seorang lelaki yang penuh dengan sikap positif dan penyayang.
Sweet sesangat, pembersih, emotional intelligent, penyayang, soft spoken, clingy, banyak lagi lah.
Tak kisah apa orang kata, saya bukan people pleaser nak puaskan hati semua orang.
Mengulas mengenai keluarganya, Seri berkata dia menyerahkan segala urusan kehidupan kepada takdir dan hanya Allah serta suaminya yang benar-benar memahami keadaan sebenar.
Tentang anak, tentang suami, tentang apa shja ikutlah fikiran anda nak fikir apa, hanya Allah, saya dan suami yang tahu.
Terdahulu, nama Kim Seri pernah mencetuskan kontroversi selepas beberapa individu tampil mendakwa menjadi mangsa penipuan pakej pelancongan ke Korea Selatan yang dikelolakan olehnya, dengan jumlah kerugian dilaporkan mencecah RM500,000.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.