‘Sweet’ Dengan Puteri Sarah, Ucapan Andi Arsyil Buat Ramai Peminat Terharu – “Walaupun You Single Mom, Tapi…”

Hiburan

‘Sweet’ Dengan Puteri Sarah, Ucapan Andi Arsyil Buat Ramai Peminat Terharu – “Walaupun You Single Mom, Tapi…”

Siaran langsung pelakon Puteri Sarah Liyana dan aktor dari Indonesia, Andi Arsyil mencuri perhatian ramai warganet selepas mereka berdua dikatakan beberapa kali tersasul memanggil ‘yang’ dan ‘sayang’.

Bukan itu sahaja, kata-kata dan doa daripada Andi buat Puteri Sarah menyentuh hati ramai dan rata-ratanya suka melihat pasangan berkenaan.

Advertisement

Menerusi live itu, Andi meminta agar rakan-rakan di media sosial mendoakan agar ibu kepada dua anak tersebut terus kuat dan tabah.

Teman-teman doakan Puteri Sarah semua, semoga dia kuat, jadi lebih baik, semoga bahagia. Kamu harus tunjukkan kamu hebat bisa jadi wanita yang sukses.

 

@hannankhaira_ Andi pon dah fham perasaan Sarah 😍🤍#puterisarahliyana #andiarsyil #fyppppppppppppppppppppppp #🤍🌷_story🤍 ♬ everything works out in the end (best part looped) – ciaffa & fedo DJ

Kata Andi, ramai yang menyokong dan respek dengan kekuatan Puteri Sarah selepas ujian besar melanda hidupnya yang menyebabkannya menjadi ibu tunggal.

Walaupun awak single mom tapi bisa jadi seorang yang lebih baik. Aku doakan, kita doakan bersama-sama ya.

Ramai peminat Puteri Sarah suka melihatnya kini bahagia dengan Andi dan berharap hubungan mereka berakhir ke jinjang pelamin.

Sebelum ini, aktres berusia 39 tahun itu sendiri pernah berkata dia menyerahkan soal jodoh kepada Allah SWT dan mahu memberi fokus pada anak serta kerjayanya dahulu.

Puteri Sarah Liyana
6 months ago

"Tak Nak Mereka Rasa Bangga Diri" - Puteri Sarah Dedah Tak Pernah Dedah Status Selebriti Kepada Anak-Anak

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

SUMBER : TikTok

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...