Beautifulnara – Gosip Artis Malaysia Terkini

Hiburan

Susulan PKP 2.0 Dilaksanakan, Anugerah Juara Lagu 35 Ditunda Ke Tarikh Baharu

AJL35

Susulan pengumuman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan di beberapa buah negeri di Malaysia, Anugerah Juara Lagu ke-35 (AJL35) yang sepatutnya berlangsung pada 7 Februari ini terpaksa ditunda ke tarikh baru yang akan diumumkan nanti.

Pengacara AJL35Sumber : Google  

Perkara tersebut telah diumumkan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen Media Prima dan Primeworks Studios, Datuk Khairul Anwar Salleh, semalam.

Menurut Khairul, keputusan itu terpaksa diambil setelah mengambil kira tempoh persediaan acara berprestij itu yang mungkin akan terjejas sedikit sebanyak sepanjang tempoh 14 hari PKP dilaksanakan bermula esok.

Advertisement
Senarai lagu final AJL35Sumber : Instagram TV3 Malaysia  

“Ketika dalam sidang media AJL35 pada Ahad, saya dan Penerbit Eksekutif AJL35, Huda sememangnya berharap agar PKP tidak dilaksanakan dan AJL35 boleh berlangsung seperti yang dijadualkan. Namun YAB Perdana Menteri telah menguatkuasakan PKP bermula Rabu ini sehingga 26 Januari depan. Tempoh 14 hari PKP ini akan mengekang tugas-tugas persediaan AJL35 terutama kerja pembinaan pentas dan set lain.”

Tambahnya lagi, kerja-kerja penyediaan set dan pentas persembahan memerlukan tenaga kerja yang ramai dan demi kebaikan semua pihak mereka terpaksa menunda program tersebut ke satu tarikh yang akan diberitahu kelak setelah tamatnya tempoh PKP secara rasmi.

View this post on Instagram

A post shared by tv3malaysia (@tv3malaysia)

Dalam pada itu, Khairul mewakili seluruh tenaga kru penerbitan tampil memohon maaf kepada semua pihak yang terlibat dan berharap agar semua orang mematuhi PKP yang dilaksanakan demi kesihatan dan keselamatan diri masing-masing.

 

SUMBER : Gempak.Com
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

Tinggalkan Komen Anda Di Sini

Loading...

2020 © Nara Media Sdn Bhd. All Rights Reserved.

Sebahagian daripada kumpulan iMedia Asia.

To Top