Susulan Pandemik COVID-19, 2,200 Kakitangan Malindo Air Akan Diberhentikan Kerja

Trending

Susulan Pandemik COVID-19, 2,200 Kakitangan Malindo Air Akan Diberhentikan Kerja

Syarikat penerbangan perkhidmatan penuh hibrida, Malindo Airways dijangka akan memberhentikan sekitar 2,200 kakitangan atau lebih separuh daripada 3,200 tenaga kerjanya.

Menurut laporan Bernama, susulan pandemik Covid-19, Syarikat berkemungkinan akan mengurangkan jumlah pesawatnya kepada lima pesawat Boeing 737 dan enam turboprop ATR.

Advertisement

“Proses pemberhentian kerja melibatkan kakitangan yang terlibat dijangka selesai pada 30 November depan manakala kakitangan yang tidak terjejas diperlukan melakukan tugasan yang pelbagai.”

Terdahulu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (CEO) AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes menyatakan syarikatnya mengesahkan pihaknya telah memberhentikan sebanyak 10 peratus daripada 24,000 kakitangan mereka untuk kelangsungan dalam industri penerbangan yang terjejas teruk kerana krisis COVID-19.

Dalam pada itu, menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Malaysia Airlines Bhd (MAS), Kapten Izham Ismail, syarikat penerbangan premium itu akan memotong gaji pengurusan kanannya sebanyak 10 peratus mulai bulan ini. 

Tidak ketinggalan, seakan mengikut langkah yang sama, Qatar Airways juga telah menghentikan kakitangan mereka sebanyak 15 peratus dari jumlah asal sebelum pandemik COVID-19 berleluasa lagi.

Sumber: Bernama

Ikuti Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Komen

PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...