Cik B yang merupakan anak kepada usahawan kosmetik popular Datuk Seri Vida (DSV) berkata dirinya tidak mempunyai masalah untuk bertemu dengan bapa kandungnya, Mohd Amin Yasin.
Cik B atau nama sebenarnya Nur Edlunn Zamilleen,15, cuma berharap bapanya yang dipanggil ‘abah’ itu benar-benar sudah berubah.
Meskipun begitu, Cik B yang ditemui media menjelaskan bahawa permintaan untuk bermalam seperti yang dituntut bapa kandungnya itu tidak dapat dipenuhi kerana dia tidak biasa melakukan aktiviti seperti itu.
“Saya tak ada masalah nak jumpa abah, tapi untuk bermalam macam yang dinyatakan dalam tuntutan Hadhanah tu mungkin tidak kot. Sebab saya akan rasa awkward kalau bermalam dengan abah, sebab tak biasa kan.. Insyaallah kalau abah nak berjumpa saya okay saja..”
Namun begitu, dalam pada masa yang sama dia berharap bapanya itu kini sudah berubah dan membuktikan kepadanya terlebih dahulu. Menurut Cik B, dia tidak mahu lagi Mohd Amin Yasin meminta duit kepada ibunya sebaik sahaja selepas berjumpa.
Meskipun begitu, Cik B berkata ibunya DSV tidak kelihatan seperti tertekan selepas dikemukakan tuntutan daripada bapanya itu. Hanya berfikiran positif, pelakon drama Lelaki Lingkungan Cinta ini menganggap ibunya terlalu sibuk dengan kerja sehingga tiada masa untuk memikirkan perkara seperti itu.
Dalam pada masa yang sama, Cik B juga memilih untuk mengabaikan kata-kata serta komen negatif yang timbul setelah isu itu timbul. Tambahnya, disebabkan oleh perkara tersebut, ramai yang telah mengungkit kisah lama dan dia cuma menganggap netizen hanya mengambil berat tentang dirinya.
Mengimbas kembali, Mohd Amin yang diwakili peguamnnya telah memfailkan tuntutan hadhanah iaitu mengenai hak lawatan, bermesra dan bermalam bersama anak-anak di Mahkamah Syariah Kota Bharu, Kelantan.
Sumber : Astro Gempak